PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 18 Ogos 2009

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

STRATEGI DALAM WAKTU-WAKTU GENTING MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Jagalah keselamatan dan elakkan kemalangan
  • Jauhi aktiviti atau perkara berbahaya.
  • Ingatlah bahawa "Malang tidak berbau"
  • Jangan melakukan perkara-perkara bodoh.
  • Jangan terpengaruh oleh dadah.
  • Jangan mendekati tempat berbahaya.
  • Senantiasalah berhati-hati dan berwaspada.
2. Jagalah kesihatan dan kebersihan diri
  • Amalkan waktu tidur yang cukup.
  • Makan mengikut waktu yang tetap.
  • Jangan makan berlebihan.
  • Lakukan senaman atau riadah ringan.
  • Jangan abaikan mandi, gosok gigi dan kebersihan diri.
  • Pakai pakaian yang bersih dan selesa.
3. Jagalah tingkah laku
  • Kawallah emosi supaya tidak menyakiti hati ibu bapa, adik-beradik dan guru.
  • Lebihkan bersabar, bertolak ansur, serta sikap bersedia memaafkan orang.
  • Sentiasa bekerjasama dan belajar bersama-sama dengan rakan.
  • Kawal keinginan dan hadkan waktu-waktu untuk menonton TV, permainan video.
4. Lakukan latihan atau drill
  • Perlu berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan.
  • Berlatih menjawab dengan mengemukakan fakta yang banyak dan tepat.
  • Berlatih menjawab soalan dengan cepat serta tulisan yang kemas.
  • Berlatih membaca arahan soalan dan membahagikan-bahagikan masa dengan sewajarnya.
  • Patuhi strategi dan panduan yang telah diajarkan oleh guru.
  • Semak jawapan anda.
  • Kaji kelemaha anda iaitu bandingkan jawapan anda dengan jawapan yang disediakan.
  • Baiki kelemahan anda.
5. Amalkan fikiran positif
  • Jangan mudah panik.
  • Jangan bersikap mudah putus asa.
  • Anda masih ada masa untuk ulangkaji selagi belum masuk dewan peperiksaan.
  • Berusaha untuk mencapai kejayaan.
  • Yakin bahawa "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
  • Berdoalah agar anda memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PERHIMPUNAN MINGGUAN

TARIKH : 17 OGOS - 21 OGOS 2009
GURU BERTUGAS : PN. NOR ASIKIN BINTI RAMLI DAN PN. CHE WA BINTI SAAD

Begitu bersemangat guru bertugas kita pada minggu ini menyampaikan ucapannya. Pn. Nor Asikin binti Ramli telah memberitahu kepada murid-murid tentang wabak H1N1 yang sedang melanda negara kita. Beliau menyatakan agar semua murid memakai topeng setiap masa dan meminta murid yang demam, selsema atau batuk agar tidak hadir ke sekolah bagi membendung penularan wabak H1N1. Beliau turut menyebut masalah disiplin murid SK Lekir yang mana terdapat kes kecurian di Kg. Tersusun melibatkan murid SK Lekir. Beliau berharap agar kes ini menjadi panduan dan pedoman kepada murid lain dan diharap agar menjelang bulan Ramadhan ini, mereka yang terlibat dapat mengubah sikap ke arah lebih baik dan positif.

Kepada semua murid, guru dan staf SK Lekir, pada hari Khamis ini 20 Ogos 2009 adalah hari Pelancaran Program Ihya' Ramadhan iaitu hari untuk beramal ibadat dan bersedekah....

Isnin, 17 Ogos 2009

ANUGERAH RAMBU PERINGKAT NEGERI PERAK

PENGAKAP SK LEKIR

Anugerah Rambu Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 24 hingga 26 April 2009 di Sek. Men. Sains Teluk Intan. Seramai 3 orang murid SK Lekir telah layak untuk menyertai perkhemahan tersebut dan mereka telah layak untuk menerima anugerah berkenaan setelah menjalani pelbagai jenis ujian. Murid tersebut adalah Mohd. Hakimi bin Kamar, Mohd Aizuddin bin Abdul Rahman dan Siti Nadia binti Mohd. Azmi. Tahniah buat mereka.......................

Dan pada hari Isnin, 17 Ogos 2009 sewaktu perhimpunan mereka telah dianugerahkan sijil tersebut oleh PK Pentadbiran, Pn. Moorhani binti Sulong Zainal.







Tahniah!!!!!!!!!!!!!!
Semoga menjadi contoh kepada murid-murid SK Lekir...
'BUAT SEHABIS BAIK'

Jumaat, 14 Ogos 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN DI SK LEKIR


Murid Tahap 1 dan PIPK
  • Pertandingan menyalin teks
  • Pertandingan puzzle
  • Pertandingan mewarna tulisan khat / jawi
  • Pertandingan mewarna poster kemerdekaan
Murid Tahap 2
  • Pertandingan mendeklamasi sajak
  • Pertandingan buku skrap
  • Pertandingan poem
  • Pertandingan menulis tulisan khat / jawi
  • Pertandingan melukis poster kemerdekaan
  • Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik antara unit beruniform



PK Koko Pn. Rohana bersemangat memberi penerangan tentang Sambutan Bulan Kemerdekaan semasa mesyuarat guru pada 13 Ogos 2009.




Penyelaras Bulan Kemerdekaan Pn. Zamzarina bt Mat Zain,
orang yang bertanggungjawab menyelaras dan menjayakan
aktiviti. Usaha lagi.............






Khusuknya cikgu-cikgu SK Lekir mendengar penerangan daripada Pn. Rohana......Bersemangat mereka untuk menjalankan aktiviti yang telah di rancang. Semoga semua aktiviti berjalan lancar.

Khamis, 6 Ogos 2009

PEMBESTARIAN SEKOLAH

PENGENALAN
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia berusaha untuk mengubahsuai sistem pendidikannya. Wawasan ini bertujuan menuntut kestabilan ke arah pertumbuhan produktiviti yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan bersedia untuk turut serta sepenuhnya dalam ekonomi dunia abad kedua puluh satu. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini ialah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi menetapkan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja untuk menghadapi cabaran abad akan datang.

Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedia ada di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan perlu berubah daripada pembelajaran secara menghafal kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran kreativiti, dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab ke atas keperluan pendidikannya, manakala ibu bapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani sesuatu perubahan.


KONSEP SEKOLAH BESTARI
Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut:
  • berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi
  • berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan
  • mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan penItalicgetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif
Inisiatif pembentukan Sekolah Bestari merupakan sebahagian daripada projek Koridor Raya Multimedia Malaysia. Sekolah Bestari Malaysia ditakrifkan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran Era Teknologi Maklumat.


OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI
  1. membangunkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar
  2. menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi
  3. mendemokrasikan pendidikan
  4. mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu
  5. meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
  1. mempunyai falsafah bahawa semua pelajar boleh belajar
  2. mempunyai kurikulum yang mengambil kira keupayaan dan keperluan semua pelajar
  3. mempunyai persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran
  4. mempunyai sistem pentaksiran yang berterusan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran
  5. guru besar dan guru yang profesional
  6. penglibatan serta sokongan tinggi daripada ibu bapa dan komuniti

Isnin, 3 Ogos 2009

Cegah H1N1

Sebelum itu,ingin sekali saya berkongsi info mengenai isu dunia terkini iaitu mengenai wabak pandemic Infulenza H1N1.Berikut adalah fakta terbaru mengenai wabak ini di Malaysia :


Kes - Kes Baru: 39
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 39
Kes Kematian: 2

Jumlah Kes di Malaysia: 1,429 termasuk 6 kematian.

574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Terdapat sebanyak 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, di mana 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).

Info dari : http://h1n1.moh.gov.my/


Jadi berharap semua dapat bersama untuk mencegah dari berlakunya penyebaran wabak ini. Amalkan kebersihan diri dan persekitaran agar wabak ini akan dapat diatasi kelak. InsyaAllah. Antara yang boleh kita lakukan untuk pencegahan termasuklah :

1- Amalan membasuh tangan selepas menyentuh permukaan-permukaan objek ditempat awam.

2- Menutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk. Kemudian basuh tangan anda itu.Jika menggunakan tisu,buang ke tempat yg betul selepas menggunakannya.

Semoga warga SK Lekir semua sentiasa sihat dan dilindungi daripada wabak ini.InsyaAllah.


Sabtu, 7 Mac 2009

Perjalanan Yang Sungguh Panjang

Assalamualaikum...

Maaf sahabat2 dan cikgu2 yang melawat blog ini... Tidak ber"update" sejak september 2008 adalah satu tempoh yang agak lama....

InsyaAllah, selepas ini, mungkin akan diupdate dgn info2 yang bukan hanya berkaitan dgn sekolah memandangkan situasi dan keadaan yang tidak mengizinkan dan menyukarkan kami mendapat maklumat dgn sekolah untuk mengetahui keadaan semasa dan jua kekangan masa dan sebagainya....

InsyaAllah... semoga kita terus diberikan kekuatan dan kesungguhan dalam apa jua yang kita lakukan....

Pelbagai alasan dan masalah boleh diberi, namun tanpa usaha dan ikhtiar, tidak ubah seperti mengharap makanan turun dari langit... berusahalah...

wassalam... ^_^