PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Rabu, 23 Mei 2012

PROGRAM KAWALAN OBESITI

TARIKH: 19 MEI 2012
TEMPAT: KLINIK KESIHATAN SITIAWAN

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sitiawan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Manjung telah mengadakan satu Program Kawalan Obesiti khas untuk guru-guru dan kakitangan sekolah sekitar Daerah Manjung. Program ini adalah untuk mereka yang mempunyai BMI 30 ke atas. Program ini adalah satu program khusus untuk menjaga berat badan.Antara pengisian dalam program ini adalah senamrobik, ceramah pemakanan, ceramah tentang kesan kegemukan dan juga ada pemeriksaan kesihatan khas untuk mereka yang telah hadir pada hari tersebut. 2 orang guru SK Lekir telah meluangkan masa menghadiri program tersebut.

 
 

Khamis, 17 Mei 2012

JADUAL WAKTU PKSR 1



 TAHUN 1, 2 DAN 3
TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
ISNIN
21 MEI 2012
7.50 – 8.50
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
9.00 – 10.00
PELAJARAN JAWI
10.45 – 11.45
BAHASA ARAB



SELASA
22 MEI 2012
7.50 – 8.40
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
8.50 – 10.05
BAHASA MELAYU PENULISAN
10.45 – 11.25
MATEMATIK KERTAS 2 (Tahun 3)



RABU
23 MEI 2012
7.50 – 8.50
MATEMATIK KERTAS 1



KHAMIS
24 MEI 2012
7.50 – 9.05
SAINS
9.10 – 10.10
BAHASA INGGERIS KERTAS 1
10.45 – 12.00
BAHASA INGGERIS KERTAS 2

TAHUN 4, 5 DAN 6
TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
ISNIN
21 MEI 2012
7.50 – 8.50
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
9.00 – 10.00
PELAJARAN JAWI
11.15 – 12.15
BAHASA ARAB



SELASA
22 MEI 2012
7.50 – 8.40
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
9.00 – 10.15
BAHASA MELAYU PENULISAN
11.15 – 12.15
MATEMATIK KERTAS 2  



RABU
23 MEI 2012
7.50 – 8.50
MATEMATIK KERTAS 1
9.00 – 10.00
KAJIAN TEMPATAN
11.15 – 12.15
PENDIDIKAN SIVIK



KHAMIS
24 MEI 2012
7.50 – 9.05
SAINS
9.20 – 10.20
BAHASA INGGERIS KERTAS 1
11.15 – 12.30
BAHASA INGGERIS KERTAS 2

Rabu, 16 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 PERINGKAT SEKOLAH

Guru-guru SK Lekir membaca ikrar Hari Guru dan seterusnya menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru 2012
 
 



Guru besar menyampaikan ucapannya yang sungguh bermakna dan bererti kepada guru-guru.




Pengacara majlis pada Sambutan Hari Guru ini, En.Mohamad Zahari bin Hamza. Beliau merupakan seorang guru yang dedikasi dalam menjalankan tugasnya.









Naib Yang Di Pertua PIBG, Dr. Suzana turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini.




Ucapan terima kasih guru mewakili semua murid SK Lekir yang telah disampaikan oleh Ketua Murid, Abdul Hadi bin Kamar.












Semua murid dan guru-guru SK Lekir melihat dan mendengar Siaran Langsung Perutusan Hari Guru yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran.
 




Guru Besar En. Hasamuddin bin Hussain memotong kek Hari Guru. Ini merupakan sambutan kali pertama beliau di SK Lekir. Terima kasih ya cikgu....   
 Sedihnya.....Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah sambutan yang terakhir bagi Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Moorhani binti Sulong Zainal kerana beliau akan bersara pada bulan 2 tahun hadapan. 




Orang kuat Sambutan Hari Guru pada tahun ini, Pengerusi KGKT Pn. Nor Asikin binti Ramli. Sabar ya Sikin tengok kek tu...guru besar belum potong lagi kek tu...












Antara wajah-wajah guru yang menerima hadiah pada Sambutan Hari Guru...Suka melihat mereka semua senyum gembira pada hari ini...





  
PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA GURU-GURU
 Berbakat juga sebenarnya guru-guru SK Lekir...Apabila ada pertandingan sebegini barulah mereka menunjukkan skil masing-masing....Seronok melihat mereka bermain bola jaring....

 
 
 

 PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA GURU LELAKI DENGAN MURID