PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 1 Julai 2008

Program Motivasi Pelajar Tahun 6

Program Motivasi Pelajar Tahun 6 bersama Jawatankuasa Penggerak Alumni

Bertarikh 1 julai 2008, ahli-ahli jawatankuasa penggerak Alumni SK Lekir telah mengadakan program motivasi pelajar Tahun 6 di sekolah ini. Program ini disertai oleh 13 orang ahli Alumni,beberapa guru SK Lekir dan juga murid tahun 6 selama 2 jam bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang.

Antara perkara-perkara yang disampaikan dalam program itu ialah pengalaman-pengalaman para alumni semasa mereka belajar di SK Lekir hinggalah sekarang disamping memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada calon-calon UPSR 2008 sekolah ini.


Terima kasih kepada Guru Besar Sk Lekir, Encik Zulkifli bin Meor Lop,Cikgu Basri,Cikgu Rashid, Cikgu Che wa dan juga Ustazah Asyikin yang sudi menjemput kami,menerima kehadiran kami serta memberi kerjasama yang sungguh baik kepada kami sepanjang program ini.

Di harap SK Lekir dapat mencapai matlamat yang diharapkan pada tahun ini. Semoga berjaya...