PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 21 September 2010

KAMI WARGA SK LEKIR MENDOAKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG MURID-MURID TAHUN 6 DALAM MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR




JADUAL UPSR 2010



Jumaat, 3 September 2010

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2010
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

Hari ini Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan telah diadakan. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian diperdengarkan bacaan al-Quran oleh adik Mohamad Azhad Azfar bin Alang Hashim murid Tahun 2P. Guru Besar telah merasmikan majlis penutup tersebut. Hadiah-hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan semasa bulan Ihya' Ramadan juga telah disampaikan. Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelma tidak dilupakan juga sumbangan berupa wang turut disampaikan kepada anak-anak yatim. Majlis diakhiri dengan acara salam memohon maaf antara guru dan murid-murid.










MAJLIS BERBUKA PUASA, BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2010
MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

Satu majlis bacaan Yaasin, berbuka puasa, solat hajat dan solat terawih telah diadakan serentak semalam di Dewan SK Lekir. Majlis tersebut melibatkan semua guru dan staf SK Lekir, murid-murid Tahun 6 dan ibu bapa. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin. Seterusnya kami semua telah berbuka puasa bersama-sama dan membuat solat Hajat bagi murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Selepas itu majlis diteruskan dengan Solat Terawih.









Khamis, 2 September 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2010
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

Pada hari ini, satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bermula pada pukul 11.00 pagi melibatkan murid Tahun 6 dan Tahun 5. Majlis ini adalah salah satu program Ihya' Ramadhan yang telah dijalankan oleh Panitia Agama Islam.