PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 29 Disember 2011

PENJUALAN BUKU PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Penjualan buku tulis bagi tahun persekolahan 2012 telah bermula pada hari Khamis 29 Disember 2011. Penjualan buku tulis ini hanya dijalankan selama 2 hari sahaja iaitu pada hari ini dan esok 30 Disember 2011. Ini adalah untuk memudahkan dan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa gangguan pada hari pertama persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2012. Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid yang telah dapat meluangkan sedikit masa untuk datang ke sekolah bagi membeli buku tulis anak-anak mereka.







MESYUARAT PPKI





TAKLIMAT SBPA....



Pada 20 Disember bertempat di makmal komputer SK Lekir semua guru dan staf SK Lekir telah menghadiri taklimat Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah disampaikan oleh guru besar, En. Hasamuddin bin Hussain. Semua guru dan staf cukup teruja mendengar semasa taklimat tersebut terutama apabila disebut tentang gaji. Berkenaan tentang opsyen persaraan umur 60 tahun, tidak ramai yang menerima opsyen tersebut. Namun begitu, semua guru dan staf telah pun menandatangani borang menerima skim perkhidmatan yang baru iaitu SBPA dan juga telah menandatangani borang opsyen. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Rafeah kerana beliau adalah orang yang paling penting yang menyediakan semua borang untuk kami tandatangani dan kerana beliau sudi menerangkan kepada kami tentang SBPA ini. TAHNIAH KEPADA KITA SEMUA........





4 MESYUARAT KALI PERTAMA.....

Pada tanggal 27 Disember 2011, 4 mesyuarat iaitu mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum, mesyuarat hal ehwal murid dan mesyuarat kokurikulum bagi sessi persekolahan 2012 telah diadakan serentak bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang. Mesyuarat guru telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar baru iaitu En. Hasamuddin bin Hussain yang menggantikan En. Zulkfly bin Meor Lop, PPN yang telah bersara pada 4 Disember yang lalu. Kiranya inilah kali pertama beliau mempengerusikan mesyuarat sebagai guru besar di SK Lekir.
Berbagai-bagai agenda dan perkara yang telah dibincangkan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran, segala program dan aktiviti bagi sesi persekolahan bagi tahun 2012. Semua guru mengambil kata sepakat untuk lebih berusaha meningkatkan prestasi sekolah dari semua aspek sama ada akademik, ko-akademik mahupun sukan permainan.






Isnin, 19 Disember 2011

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2012 BERMULA.....





Murid-murid Tahun 6 2012 telah menghadiri kelas tambahan selama 4 hari yang telah diadakan bermula pada 19 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011. Seramai 8 orang guru tahun 6 telah bergilir-gilir mengajar murid-murid Tahun 6 ini. Kelas ini diadakan adalah untuk sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan bagi Tahun 2012 bermula. Kelas Tambahan ini juga adalah salah satu Program Gemilang Tahun 6. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengorbankan cuti mereka demi meningkatkan prestasi anak murid dan juga sekolah.

TERIMA KOMPUTER LAGI 5 BIJI


Khamis, 8 Disember 2011

JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2012

TARIKH/HARI

MASA

SUBJEK

GURU/KELAS

19.12.2011

ISNIN

8.30pg-10.00pg

10.30pg-12.00tgh

SAINS

Pn. Ruhaizan Saujud 6C

Pn. Roziah Yaakob 6P

20.12.2011

SELASA

8.30pg-10.00pg

10.30pg-12.00tgh

BAHASA

INGGERIS

Pn. Rohani Muhd Ismail 6C

Pn. Zarina Kasim 6P

21.12.2011

RABU

8.30pg-10.00pg

10.30pg-12.00tgh

MATEMATIK

Pn. Che Wa Saad 6C

Pn. Vimala a/p Subramaniam 6P

22.12.2011

KHAMIS

8.30pg-10.00pg

10.30pg-12.00tgh

BAHASA

MALAYSIA

En. Ahmad Basri Adnan 6C

Pn. Nor Rizan Abu Hassan 6P

Sabtu, 3 Disember 2011



SELAMAT ULANG TAHUN KE 58
DAN SELAMAT BERSARA

EN. ZULKFLY BIN MEOR LOP, PPN
GURU BESAR SK LEKIR

04 DISEMBER 1953

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan







Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!