PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 29 Julai 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan peringkat sekolah telah diadakan pada 29 Julai yang lalu. Ianya telah dirasmikan oleh En. Zulkfly bin Meor Lop, Guru Besar SK Lekir di Kantin Sekolah. Majlis ini cuma dihadiri murid-murid tahap 2 sahaja.
Majlis diteruskan dengan ceramah Di Ambang Ramadhan oleh Ustzh Nor Asikin bt Ramli. Penekanan di dalam ceramah lebih menjurus ke arah pengertian puasa, lafaz & niat puasa, syarat wajib puasa, syarat sah puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Khamis, 28 Julai 2011

PROGRAM KAMI MURID SK LEKIR





"Kami Murid SK Lekir" program yang diatur untuk memberi motivasi kepada calon-calon UPSR 2011. Kehadiran mereka diharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk merealisasikan harapan serta hajat guru besar untuk meningkatkan prestasi UPSR sebagai hadiah persaraan beliau pada tahun ini.

NAMA:AHMAD NADZIR BIN TARMIZI
TEMPAT PENGAJIAN:UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
BIDANG PENGAJIAN:PERUBATAN DAN SURGERY

NAMA:MUHAMAD FADHIL
TEMPAT PENGAJIAN:UMP
BIDANG PENGAJIAN:KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK)

NAMA:MUHAMAD ASRAF BIN SAMSUDIN
TEMPAT PENGAJIAN:UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
BIDANG PENGAJIAN:FIZIK KEJURUTERAAN

NAMA:MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHAMMAD YANG
TEMPAT PENGAJIAN:UNIVERSITI KUALA LUMPUR
BIDANG PENGAJIAN:BACHELOR OF NAVAL ARCHITECTURE AND SHIPBUILDING

Khamis, 21 Julai 2011

SPELL-IT-RIGHT CHALLENGE AND STORYTELLING COMPETITION



Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Persatuan Bahasa SK Lekir telah mengadakan dua aktiviti iaitu "Spell-It-Right Challenge" dan "Storytelling Competition". Kedua-dua acara tersebut telah berlangsung pada hari semalam Rabu 20 Julai 2011 pada jam 3.30 petang.
Kedua-dua acara ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 dalam bercerita Bahasa Inggeris dan juga menguji kebolehan murid dalam mengingati ejaan kosa kata Bahasa Inggeris secara spontan.


Isnin, 18 Julai 2011

KEM BESTARI SOLAT

TARIKH:15 JULAI 2011
HARI:JUMAAT
MASA:3.00 PTG - 6.00 PTG
TEMPAT:SK LEKIR

Seramai 95 orang murid SK Lekir terdiri daripada murid-murid Tahun 4P, 5P dan 6P telah menghadiri satu Kem Bestari Solat. Kem tersebut telah dikendalikan oleh Guru Pendidikan Agama Islam. Kem tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bacaan-bacaan ayat dalam solat dan dapat membezakan antara rukun dan sunat ketika berwuduk.


Selasa, 12 Julai 2011

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID ANJURAN BERSAMA JPN PERAK DAN YAPEIM



TARIKH:9 JULAI 2011
TEMPAT:DEWAN BESTARI, PPD MANJUNG

Seramai 15 orang murid Tahun 6 telah menyertai Program Motivasi Kecemerlangan Murid anjuran bersama JPN Perak dan YAPEIM. Program ini adalah dikhususkan untuk murid Tahun 6 kategori pencapaian sederhana dari keluarga miskin. Program ini adalah untuk memberi motivasi dan semangat kepada mereka yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini.


PERCUBAAN UPSR 2011

PERCUBAAN UPSR 2011
SUDAH BERMULA


Jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.
-Thomas Jefferson-

Jumaat, 8 Julai 2011

PROGRAM ISRAK MIKRAJ




Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi Muhammad saw. Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi Muhammad saw semata-mata, malah ianya amat penting sekali kepada seluruh umat Islam. Sebagaimana diakui dalam banyak tulisan bahawa:
"...Satu-satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan beragama...." (Seyyed Hossein Nasr,1994,hlm. 16)
Justeru, program ini telah dijalankan di peringkat sekolah bagi membolehkan diambil suatu bentuk pengajaran besar dari kisah perjalanan Nabi Muhammad saw ini.

Rabu, 6 Julai 2011

video

Sabtu, 2 Julai 2011