PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 30 April 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB UPSR 2012

TARIKH:28 APRIL 2012
MASA:8.00 PG - 4.30 PTG
TEMPAT:SK GUGUSAN LEKIR

Seramai 18 orang murid target UPSR dari SK Lekir telah menyertai satu Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012. Program ini adalah aanjuran Cooperative Organization (CO) Zon Pasir Panjang. Model CO ini adalah untuk mewujudkan suasana kerjasama sepasukan dan perkongsian pintar dalam melaksanakan program peningkatan akademik di peringkat sekolah atau kelompok. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian kualiti dan kuantiti Sekolah Kebangsaan dalam peperiksaan awam melalui usaha bersama-sama anggota JPN Perak, PPD Manjung, sekolah dan kepimpinan masyarakat dalam kesedaran tanggungjawab memperkasakan Sekolah Kebangsaan dalam sistem pendidikan Negeri Perak. Terdapat 7 sekolah yang terlibat dengan CO Zon Pasir Panjang iaitu SK Lekir, SK Seri Pangkor, SK Muhamad Saman, SK Batu 10, SK Sungai Tiram, SK Kayan dan SK Gugusan Lekir.


 Pn. Sharidah binti Shariff (SK Gugusan Lekir)
Penceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris



 En. Rohaizan bin Mohd Hanif (SK Sitiawan)
Penceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik


 En. Mas Jamalulail bin Mas Mohamed (SK Seri Pangkor)
Penceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR Sains

 Senarai Murid SK Lekir yang terlibat:
Nur Fatihah Kamilah binti Ismail
Amirah Nabilah binti Firdaus
Nur Aina Izzati binti Ali
Muhammad Haziq bin Jamin
Muhammad Zulhairi bin Abdul Rahman
Abdul Hadi bin Kamar
Mohamad Fahmi bin Rosli
Alif Aiman bin Shamsul Hisham
Alya Shazwani binti Md Rodi
Nuraqilah Safiah binti Mohd Rafee
Ahmad Fitri bin Ahmad Bokhari
Nur Qistina Aisyah binti Anuar
Muhammad Kamal Aimin bin Kamarul Bahrin
Muhamad Zahirul Ikhwan bin Abd Hamid
Nur Izzati Amira binti Ismail
Nurfatin Emyliana binti Hasbullah
Muhammad Kamal Aiman bin Kamarul Bahrin
Ahmad Afiq Izzuddin bin Zulkifli 

Isnin, 23 April 2012

MERENTAS DESA


PERTANDINGAN MTQ PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

TAHNIAH
KERANA TELAH MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT NEGERI PERAK
20 DAN 21 APRIL 2012
DI SMK AHMAD BOESTAMAM

MUHAMMAD AZHAD ASFA BIN ALANG HASHIM
Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran Lelaki

AHMAD FAIZ LUQMAN BIN ABDL HAMID
Tempat Ketiga Tahfiz Al-Quran Lelaki

KHAIRUN SABIRAH BINTI KAMALUL BAHARI
Tempat Ketiga Bercerita Perempuan





Isnin, 16 April 2012

SEKITAR LADAP PEMBINAAN BLOG

TARIKH:14 APRIL 2012
MASA:8.00-12.00
TEMPAT:MAKMAL KOMPUTER SKL






Sabtu, 14 April 2012

PERTANDINGAN KOIR

Tarikh:12 April 2012
Tempat:SJK(C) Chung Cheng

SK Lekir telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Koir Peringkat Daerah.

Pasukan Koir SK Lekir
Pn. Salawati binti Hassan dan Cik Haryani binti Hanafi

Selasa, 3 April 2012

JIKA BELUM REZEKINYA......

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ZON SITIAWAN
TARIKH:2 APRIL 2012
TEMPAT:PADANG SK SERI SELAMAT

SK Lekir telah menghantar 1 pasukan bola baling lelaki dan 1 pasukan bola baling perempuan. Secara keseluruhannya pasukan SK Lekir memuaskan. Namun begitu pasukan lelaki telah menunjukkan kecemerlangan dalam permainan mereka. Dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, pasukan lelaki telah meraih 2 kemenangan dan 1 kalah. Pasukan lelaki telah mengalahkan SK Seri Selamat 4-1, mengalahkan 
SJK(T) MGVS dengan keputusan 4-1. Namun pasukan kita telah kalah dengan SK Simpang Empat dengan hanya gol 2-3. Dalam kumpulan tersebut, 3 sekolah telah mendapat markah yang sama iaitu SK Seri Selamat, SK Simpang Empat dan SK Lekir. Namun nasib tidak menyebelahi kita SK Lekir kerana kita tidak dapat ke separuh akhir hanya kerana perbezaan gol. Walaupun begitu, pasukan SK Lekir  menerima dengan hati yang terbuka dan kami akan berjuang lagi pada tahun 2013............