PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 26 Oktober 2009

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Minggu ini adalah minggu yang akan menguji tahap pencapaian murid dalam pelajaran mereka....BERUSAHALAH.......

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR 2

SELASA 27 OKTOBER 2009
TAHAP 1
7.50-8.40 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
8.50-10.05 BAHASA MELAYU PENULISAN
10.40-11.20 MATEMATIK K2 (TAHUN 3)

TAHAP 2
7.50-8.40 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
8.50-10.05 BAHASA MELAYU PENULISAN
11.10-11.50 MATEMATIK K2

RABU 28 OKTOBER 2009
TAHAP 1
7.50-9.05 MATEMATIK K1 (TAHUN 1 & 2)
7.50-8.50 MATEMATIK K1 (TAHUN 3)
9.10-10.10 BAHASA ARAB

TAHAP 2
7.50-8.50 MATEMATIK K1
9.15-10.15 BAHASA ARAB
11.15-12.15 PENDIDIKAN SIVIK

KHAMIS 29 OKTOBER 2009
TAHAP 1
7.50-9.05 SAINS
9.10-10.10 BAHASA INGGERIS K1
10.40-11.55 BAHASA INGGERIS K2 (TAHUN 3)

TAHAP 2
7.50-9.05 SAINS
9.20-10.10 BAHASA INGGERIS K1
11.10-12.25 BAHASA INGGERIS


JUMAAT 30 OKTOBER 2009
TAHAP 1
7.50-8.50 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
9.00-10.00 JAWI

TAHAP 2
7.50-8.50 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
9.00-10.00 JAWI
11.00-12.00 KAJIAN TEMPATAN

Jumaat, 23 Oktober 2009

HARI INI DALAM SEJARAH......



Hari ini, 23 Oktober 2009 genap setahun SK Lekir dilanda banjir kilat yang menyebabkan kerosakan harta benda........Banjir yang tidak disangka ini telah menenggelamkan satu sekolah.

DALAM KENANGAN.......






Tahniah kepada Puan Noor Laily kerana telah dinaikkan pangkat untuk menggalas tugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran Kokurikulum di SK Bota Kiri bermula 16 Oktober 2009. Hari ini adalah hari terakhir beliau di SK Lekir setelah selesai serah tugas beliau.....Di harap beliau tidak akan lupa kami warga SK Lekir walaupun hanya sekejap saja beliau di sini. Beliau mula bertugas di SK Lekir pada 4 Mac 2009 iaitu lebih kurang 8 bulan sebelum beliau dinaikkan pangkat. Diharap beliau akan selalu teringat memori-memori indah di SK Lekir sepanjang hayat beliau...SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEMOGA DAPAT KEJAYAAN DI TEMPAT BARU DAN JANGAN LUPA KAMI DI SINI....

DAN MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI SEWAKTU MENUJU KE SK BOTA KIRI...HEHEHEH.....

Selasa, 13 Oktober 2009

MEMORI HARI KOKURIKULUM 2009

HARI KOKURIKULUM 2009

Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 7.30 pg hingga 1.00 tgh hari
Tempat : SK Lekir

Kegiatan kokurikulum adalah merupakan aktiviti yang penting bagi membina sahsiah dan membentuk keperibadian murid. Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan bakat murid-murid. Pelbagai program boleh dirancang merealisasikan objektif kegiatan kokurikulum di sekolah. Salah satu daripadanya ialah Hari Kokurikulum. Melalui Hari Kokurikulum, penglibatan murid-murid dari semua unit pakaian seragam, kelab persatuan dan permainan disatukan. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah:

1. Pertandingan masakan
2. Pertandingan membuat khemah
3. Pertandingan sukaneka
4. Pertandingan nyanyian patriotik
5. Pertandingan mencari harta karun




MURID TEKUN MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA GURU......





MURID SEDANG MEMBUAT KHEMAH....




SEDANG MEMIKIR NAK MENCARI HARTA KARUN....SUSAH KE...





SEDAP KE SUARA MENYANYI LAGU PATRIOTIK.....







PULUN MASAK....ENTAH SEDAP KE TAK...



HA..INILAH PAKAR MASAK KITA...MENANG LAGI KUMPULAN MEREKA INI....





SEDAPNYA TENGOK MEE GORENG NIE.....NAK SIKIT...

Khamis, 8 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI RAYA AIDILFITRI

Tarikh : 8 Oktober 2009
Hari : Khamis

Hari ini semua warga SKL menyambut Hari Kanak-kanak dan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2009. Meriah sungguh kerana semua murid memakai pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Begitu juga dengan guru-gurunya terutama guru perempuan yang 'posing' habis.......Biasalah bukan selalu, setahun sekali je.....Berbagai-bagai aktiviti yang diadakan iaitu:

Sambutan Hari Kanak-kanak
1. Permainan dalaman dan mewarna kad raya - Murid PPKI dan Tahap 1
2. Kolaj dan Hiasan - Murid Tahap 2

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
1. Pertandingan nyanyian lagu raya
2. Pertandingan pakaian beragam
3. Pertandingan kad raya gergasi



INILAH PEMENANG PAKAIAN BERAGAM......CUTE TAK!!!!!!!!



TAHNIAH KELAS 3P KERANA TELAH MENGUNGGULI PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU RAYA.....HEBATTTT....DAPAT TEPUKAN GEMURUH LAGI...TAHNIAH JUGA BUAT PN. NORLIDAWATI GURU YANG MELATIHNYA....ADA BAKAT TERPENDAM RUPANYA....



INILAH DIA PUTERA DAN PUTERI RAYA TAHAP 1 DAN TAHAP 2 TAHUN INI....







SEDAPNYA....BERSELERA NAMPAKNYA MURID-MURID KITA NIE....





GEMBIRA SUNGGUH MURID SK LEKIR MEMAKAI BAJU RAYA NIE....CANTIKKKKK......





INILAH ANTARA HASIL MURID DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI





BERSEMANGAT GURU BERTIGA NIE MENYIAPKAN BACKDROP...N LIHATLAH HASILNYA...CANTIK N KREATIF JUGA



WAH....BERSEDIA UNTUK DIAMBIL GAMBAR NAMPAKNYA.....

Selasa, 6 Oktober 2009

MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA' RAMADAN 1430H

Tarikh : 17 September 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi

Pada hari terakhir sebelum kami semua menjalani cuti raya, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan melibatkan semua warga SK Lekir. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah khatam al-Quran, ucapan guru besar, penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti Program Ihya' Ramadhan, penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan sesi bermaaf-maafan guru dan murid.