PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 26 Ogos 2011

SESI BERMAAF-MAAFAN..........

Sebelum kami warga SK Lekir bercuti untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri, kami semua telah bersalam-salaman meminta maaf antara satu sama lain.........Sedih ada yang menangis rupanya...........







PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM

Satu Program Bersama Anak Yatim telah dijalankan semalam. Seramai 8 orang guru bersama guru besar telah membawa 18 orang anak yatim SK Lekir pergi membeli kelengkapan pakaian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Kami semua telah bertolak menuju ke kedai di sekitar Manjung pada pukul 10.00 pagi. Kami telah membeli semua kelengkapan tersebut di Kedai Pakaian Rasyrah, Kedai Abu Hanifah dan Pasaraya Ceria. Sungguh seronok melihat mereka semua yang begitu gembira memilih pakaian, kasut. tudung dan songkok baru. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan sumbangan kepada, kerana rezeki yang kita terima itu tidak salah jika didermakan sedikit untuk anak yatim dan kepada mereka yang memerlukannya. Jazakallahu khairan khatiran..Segala perbuatan yang baik akan dibalas baik....Mudah-mudahan pahala berganda di bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.









MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN



Jumaat, 19 Ogos 2011

SEHARI DI BULAN RAMADHAN

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MINDA

TARIKH:19 OGOS 2011
HARI:JUMAAT
TEMPAT:DEWAN SK LEKIR

Program Motivasi Kecemerlangan Minda telah diadakan khusus untuk murid-murid Tahun 6. Program ini adalah untuk menggerakkan semangat berusaha dan tidak mudah berputus asa di kalangan murid-murid dan menanam semangat bertanggungjawab dan keinginan untuk mencapai yang terbaik buat diri sendiri dan ibu bapa. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi, Penyelia Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Perak. Adalah menjadi harapan agar ceramah yang disampaikan oleh beliau dapat memberi manfaat kepada semua murid yang terlibat.






MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN SOLAT TARAWIH

TARIKH: 18 OGOS 2011
HARI:KHAMIS
TEMPAT:SK LEKIR

Semalam, satu majlis bacaan Yaasin, solat hajat dan solat tarawih telah diadakan. Majlis bacaan yaasin diadakan adalah untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 13 September ini. Majlis telah bermula pada pukul 6.30 dengan bacaan yaasin dan tahlil.










Jumaat, 12 Ogos 2011

PAHALA BERLIPAT GANDA



"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalaj ke 700 kali ganda. Allah berfirman 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."
(Hadith riwayat Muslim)

Isnin, 8 Ogos 2011

PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA

"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)