PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH : 17 MEI 2010
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR






SESI BERGAMBAR SEBELUM ACARA HARI GURU BERMULA........



MENUNGGU MASA UNTUK BERI KEPADA GURU TERSAYANG...SIAPALAH GURU YANG BERUNTUNG TU....







SUASANA KEGEMBIRAAN GURU-GURU DAN STAF MENERIMA HADIAH PERTUKARAN DAN CABUTAN BERTUAH....







SEMASA DI DALAM DEWAN...




INILAH HADIAH-HADIAH UNTUK GURU-GURU DAN STAF...





PERSEMBAHAN DARI MURID-MURID...SERONOK CIKGU MELIHAT PERSEMBAHAN MEREKA...

GOTONG ROYONG PERDANA

GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA PIBG
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH : 15 MEI 2010
HARI : SABTU
MASA : 8.30 - 10.30 PAGI











Jumaat, 14 Mei 2010

HARI GURU

SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


TEMA HARI GURU

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara



Isnin, 3 Mei 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS EMAS & PERAK

TARIKH : 30 APRIL 2010 HINGGA 2 MEI 2010
TEMPAT : SK DATO' ISHAK

Seramai 5 orang murid Tahun 6 telah terlibat di dalam perkhemahan keris emas dan perak. Setelah mengharungi 3 hari 2 malam diikuti hujan lebat akhirnya mereka telah lulus dengan jayanya dan telah dianugerahkan sijil. Mereka yang terlibat ialah Nurul Fadhilah Abd Rahman, Qatrunnada Noor Izzudin, Mohamad Zulhisyam Mohamad Johari, Mohamad Arrysyah Samsul Kamal dan Mohd Izzat Fitri Hushairi.