PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 30 April 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
1 MEI 2011

Semoga kita semua dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi, tekun dan amanah.

Jumaat, 22 April 2011

LAWATAN KE LADANG TERNAKAN KAMBING

Satu lawatan ke ladang ternakan kambing BT SEVEN AGRO FARM telah diadakan pada hari Rabu 20 April 2011. Seramai 60 orang murid dari Persatuan Sains & Matematik dan Kelab Siber telah mengikuti lawatan tersebut. Seramai 6 orang guru turut mengikuti lawatan tersebut. Lawatan tersebut adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi slot aktiviti persatuan dan kelab. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kehidupan sebenar seekor kambing, mencetus minat murid ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat, dan menanam sikap iltizam dan kasihkan binatang.

Batu Seven Agro Farm ini diusahakan oleh Lt. Kdr. Munshi Abdullah bin Mohamad Ibrahim sejak tahun 2008. Sehingga kini terdapat 137 ekor kambing terdiri daripada jenis biri-biri, jamnasari, kibas(dofer) dan boar.

Terima kasih kepada En. Munshi kerana telah sudi menerima kedatangan rombongan kami.


Rabu, 20 April 2011

FRIDAY IN ENGLISH

ATTENTION TO ALL PUPILS AND TEACHERS OF SK LEKIR

Starting from April 22nd 2011, you are required to speak in English on every FRIDAY. You will be fined RM0.10 for each word in Malay Language or other languages. This rule is exceptional during L&T session.

Peraturan ini terkecuali semasa sesi P&P

Isnin, 11 April 2011

PROGRAM MOTIVASI UPSR......

PROGRAM MOTIVASI UPSR
SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MANJUNG

TARIKH:9 APRIL 2011
TEMPAT:DEWAN MERDEKA, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Satu Program Motivasi UPSR telah diadakan di Dewan Merdeka, MPM pada hari Sabtu 9 April 2011. Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Perak dengan Pejabat Pelajaran Daerah Manjung. Seramai 11 orang murid SK Lekir telah terlibat. Murid yang terpilih adalah dari kalangan murid elit.

PERKHEMAHAN & KAWAD KAKI

PERKHEMAHAN & KAWAD KAKI
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
DAERAH MANJUNG

TARIKH:8 & 9 APRIL 2011
TEMPAT:SMK BATU SEPULUH LEKIR

Satu kem perkhemahan kawad kaki bagi muri-murid Puteri Islam telah diadakan di SMK Batu Sepuluh. Seramai 5 orang murid SK Lekir telah terlibat dengan aktiviti ini. Objektif kem ini adalah untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif, meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan, mengeratkan silaturrahim dan perpaduan sesama insan dan melatih individu bersifat sabar dan tabah serta mempunyai daya juang dan daya tahan ketika menghadapi masalah berkaitan dengan kehidupan.

Rabu, 6 April 2011

KEM PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

TARIKH:6 APRIL 2011 - 9 APRIL 2011
TEMPAT:PUSAT KOKURIKULUM NEGERI-PANGKOR

Seramai 4 orang murid Tahun 5 SK Lekir telah terpilih untuk mengikuti Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Perak 2011. Mereka ialah Siti Hajar binti Rosli, Nur Aina Izzati binti Ali, Muhamad Kamal Aiman bin Kamarul Bahrin dan Abdul Mursyid bin Abdullah. Kem ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan input ke arah pembangunan serta pengurusan diri murid-murid serta kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk membangunkan diri dan sahsiah murid. Penekanan adalah mengenai pembangunan diri, falsafah kepimpinan, motivasi, amalan nilai-nilai murni kehidupan bermasyarakat dan kemahiran pengucapan.

4 orang murid ini telah bertolak ke Pulau Pangkor pada pukul 2.40 petang hari ini. Semoga mereka dapat mengikuti kem tersebut dengan selamat dan pulang dengan selamat pada hari Sabtu ini. Amin..............

Selasa, 5 April 2011

TAHNIAH SK LEKIR............

PERTANDINGAN TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT DAERAH MANJUNG
5 APRIL 2011

SK Lekir telah menunjukkan kecemerlangan dengan menjulang 3 kemenangan dalam Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran Sekolah Peringkat Daerah Manjung pada tahun ini iaitu adik Muhammad Syazwan Hadi bin Murad (Johan Bercerita Lelaki), adik Khairun Sabirah binti Kamarul Bahari (Johan Bercerita Perempuan) dan Muhamad Faiz Luqman bin Abdl Hamid (Johan Hafazan Lelaki). Di samping itu, adik Azhad Asfa bin Alang Hashim telah mendapat tempat ketiga dalam Kategori Tilawah Lelaki . 3 orang murid yang telah menjadi JOHAN Daerah Manjung akan mewakili daerah ke pertandingan Peringkat Negeri. Sesungguhnya mereka telah mengharumkan nama sekolah. Bagi yang tidak berjaya, Insyaallah cuba lagi pada tahun hadapan.





Isnin, 4 April 2011

T-SCORE..........

PROGRAM PERAK WIFI & CYBER CARNIVAL 2011
TARIKH:1 APRIL - 3 APRIL 2011
TEMPAT:ESPLANADE LUMUT

HARI PERTAMA:1 APRIL 2011 (JUMAAT)
Seramai 4 orang murid SK Lekir telah terlibat dengan karnival siber 2011 kerana mereka menyertai pertandingan menjawab soalan T-Score iaitu satu pertandingan menjawab soalan melalui internet. Sebanyak 12 sekolah rendah Daerah Manjung telah terpilih untukpertandingan ini. Setiap sekolah diwakili oleh 4 orang murid Tahun 6. 12 sekolah tersebut telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana 3 orang murid terbaik dari setiap kumpulan akan bertanding peringkat akhir pada hari Ahad 3 April 2011. Pertandingan ini adalah anjuran KPerak bersama dengan syarikat TOP IT daripada Terengganu iaitu sebuah syarikat yang membekalkan e-book yang digunakan oleh murid-murid di negeri Terengganu. Pada hari pertama, murid-murid hanya membuat latihan menggunakan e-book di samping mereka melawat kiosk-kiosk tentang ICT.

HARI KEDUA:2 APRIL 2011 (SABTU)

HARI KETIGA:3 APRIL 2011 (AHAD)

PERTANDINGAN CORAL SPEAKING.........