PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 22 April 2011

LAWATAN KE LADANG TERNAKAN KAMBING

Satu lawatan ke ladang ternakan kambing BT SEVEN AGRO FARM telah diadakan pada hari Rabu 20 April 2011. Seramai 60 orang murid dari Persatuan Sains & Matematik dan Kelab Siber telah mengikuti lawatan tersebut. Seramai 6 orang guru turut mengikuti lawatan tersebut. Lawatan tersebut adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi slot aktiviti persatuan dan kelab. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kehidupan sebenar seekor kambing, mencetus minat murid ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat, dan menanam sikap iltizam dan kasihkan binatang.

Batu Seven Agro Farm ini diusahakan oleh Lt. Kdr. Munshi Abdullah bin Mohamad Ibrahim sejak tahun 2008. Sehingga kini terdapat 137 ekor kambing terdiri daripada jenis biri-biri, jamnasari, kibas(dofer) dan boar.

Terima kasih kepada En. Munshi kerana telah sudi menerima kedatangan rombongan kami.


Tiada ulasan: