PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 31 Ogos 2009

Isnin, 24 Ogos 2009

LANGKAH PENCEGAHAN H1N1

PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DI RUMAH
  • Jika demam, makan ubat demam (paracetamol) mengikut dos yang dsyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan air (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Amalkan cara hidup yang sihat khususnya makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah termasuk bilik, dapur dan tandas (contohnya membuka tingkap)
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda amaran kecemasan seperti berikut, SEGERA dapatkan rawatan doktor.
1. Masalah pernafasan: sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi lebam/biru
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan.
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan luar biasa (tidak normal) keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau
sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT BERCUTI.......

Hari ini Jumaat, 21 Ogos 2009 adalah hari terakhir persekolahan sebelum mula bercuti Pertengahan Penggal mulai 22 Ogos 2009 hingga 31 Ogos 2oo9. Diharap semua anak-anak murid seronok bercuti namun jangan lupa kita akan mula berpuasa esok.................Jangan tak bangun sahur...dan jangan buka periuk pula pagi-pagi....Ha...Ingat pesan tu..........

Di samping itu, murid Tahun 6 jangan lupa pula misi anda.....Lagi 2 minggu UPSR akan menjelma....STUDY HARD...anda adalah harapan keluarga, jangan hampakan ibu dan bapa yang mahu melihat kecemerlangan anda...

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MEMBUAT POSTER KEMERDEKAAN

MURID PENDIDIKAN KHAS - PERTANDINGAN MEWARNA





MURID TAHAP 1 - PERTANDINGAN MEWARNA








MURID TAHAP 2 - PERTANDINGAN MELUKIS POSTER






PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

TARIKH : 21 OGOS 2009
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK LEKIR


Pada pagi Jumaat yang mulia ini, SK Lekir telah melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 52 secara rasminya dengan dirasmikan oleh Guru Besar SK Lekir, En. Zulkfly bin Meor Lop.






Majlis menandatangani sebagai menyokong 1 Malaysia.....Bersungguh-sungguh nampaknya pihak pentadbir SK Lekir ini...................










GELAGAT MURID-MURID DAN GURU SK LEKIR SEMASA PELANCARAN





Khamis, 20 Ogos 2009

Lagu Satu Malaysia


Anda boleh muat turun lagu Satu Malaysia disini
MUAT TURUN SEKARANG
Jika anda tiada WINRAR untuk mengekstrak lagi sila muat turun DISINI

SATU MALAYSIA

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???

PROGRAM IHYA' RAMADHAN AL-MUBARAK

Program Ihya' Ramadhan adalah merupakan satu program yang penting untuk mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak 1430H bagi diingati oleh semua guru dan murid khususnya dan umat islam umumnya. Ia merupakan satu usaha kearah memantapkan diri agar menjadi insan yang sejati.

Sebagai tanda kesyukuran dan mengingati bulan tersebut, sekolah ini telah mengambil inisiatif di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Musolla at-Taqwa SK Lekir untuk mengadakan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah. Pelaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu murid dalam merealisasikan kehidupan sebagai umat Islam yang sebenarnya.

Objektif Program:
  • Memastikan setiap murid Islam mendalami ibadah puasa Ramadhan dengan sebaiknya berlandaskan amalan sebenar.
  • Menanamkan rasa cinta untuk mendalami ibadah puasa Ramadhan untuk dijadikan ikhtibar di dalam kehidupan.
  • Menyelaraskan semua aktiviti Ihya' Ramadhan dalam bidang dakwah dan kepimpinan di sekolah
  • Untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.




Pengerusi majlis, Ustazah Nor 'Azaliah binti Ali Hassan sedang menyampaikan pesanan kepada murid-murid agar menjaga disiplin masing-masing sebelum acara Pelancaran Program Ihya' Ramadhan bermula.........Begitu bersemangat sekali beliau.....








Bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Azhad Afham bin Alang Hashim, murid Tahun 6 Cerdas









PK Pentadbiran, Pn. Moorhani binti Sulong Zainal telah merasmikan upacara Pelancaran Program Ihya' Ramadhan.












Renungan al-Mubarak telah disampaikan oleh Ustazah Fairuzima binti
Zamharir. Bersemangat beliau menyampaikannya...............








Selasa, 18 Ogos 2009

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

STRATEGI DALAM WAKTU-WAKTU GENTING MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Jagalah keselamatan dan elakkan kemalangan
  • Jauhi aktiviti atau perkara berbahaya.
  • Ingatlah bahawa "Malang tidak berbau"
  • Jangan melakukan perkara-perkara bodoh.
  • Jangan terpengaruh oleh dadah.
  • Jangan mendekati tempat berbahaya.
  • Senantiasalah berhati-hati dan berwaspada.
2. Jagalah kesihatan dan kebersihan diri
  • Amalkan waktu tidur yang cukup.
  • Makan mengikut waktu yang tetap.
  • Jangan makan berlebihan.
  • Lakukan senaman atau riadah ringan.
  • Jangan abaikan mandi, gosok gigi dan kebersihan diri.
  • Pakai pakaian yang bersih dan selesa.
3. Jagalah tingkah laku
  • Kawallah emosi supaya tidak menyakiti hati ibu bapa, adik-beradik dan guru.
  • Lebihkan bersabar, bertolak ansur, serta sikap bersedia memaafkan orang.
  • Sentiasa bekerjasama dan belajar bersama-sama dengan rakan.
  • Kawal keinginan dan hadkan waktu-waktu untuk menonton TV, permainan video.
4. Lakukan latihan atau drill
  • Perlu berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan.
  • Berlatih menjawab dengan mengemukakan fakta yang banyak dan tepat.
  • Berlatih menjawab soalan dengan cepat serta tulisan yang kemas.
  • Berlatih membaca arahan soalan dan membahagikan-bahagikan masa dengan sewajarnya.
  • Patuhi strategi dan panduan yang telah diajarkan oleh guru.
  • Semak jawapan anda.
  • Kaji kelemaha anda iaitu bandingkan jawapan anda dengan jawapan yang disediakan.
  • Baiki kelemahan anda.
5. Amalkan fikiran positif
  • Jangan mudah panik.
  • Jangan bersikap mudah putus asa.
  • Anda masih ada masa untuk ulangkaji selagi belum masuk dewan peperiksaan.
  • Berusaha untuk mencapai kejayaan.
  • Yakin bahawa "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
  • Berdoalah agar anda memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PERHIMPUNAN MINGGUAN

TARIKH : 17 OGOS - 21 OGOS 2009
GURU BERTUGAS : PN. NOR ASIKIN BINTI RAMLI DAN PN. CHE WA BINTI SAAD

Begitu bersemangat guru bertugas kita pada minggu ini menyampaikan ucapannya. Pn. Nor Asikin binti Ramli telah memberitahu kepada murid-murid tentang wabak H1N1 yang sedang melanda negara kita. Beliau menyatakan agar semua murid memakai topeng setiap masa dan meminta murid yang demam, selsema atau batuk agar tidak hadir ke sekolah bagi membendung penularan wabak H1N1. Beliau turut menyebut masalah disiplin murid SK Lekir yang mana terdapat kes kecurian di Kg. Tersusun melibatkan murid SK Lekir. Beliau berharap agar kes ini menjadi panduan dan pedoman kepada murid lain dan diharap agar menjelang bulan Ramadhan ini, mereka yang terlibat dapat mengubah sikap ke arah lebih baik dan positif.

Kepada semua murid, guru dan staf SK Lekir, pada hari Khamis ini 20 Ogos 2009 adalah hari Pelancaran Program Ihya' Ramadhan iaitu hari untuk beramal ibadat dan bersedekah....

Isnin, 17 Ogos 2009

ANUGERAH RAMBU PERINGKAT NEGERI PERAK

PENGAKAP SK LEKIR

Anugerah Rambu Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 24 hingga 26 April 2009 di Sek. Men. Sains Teluk Intan. Seramai 3 orang murid SK Lekir telah layak untuk menyertai perkhemahan tersebut dan mereka telah layak untuk menerima anugerah berkenaan setelah menjalani pelbagai jenis ujian. Murid tersebut adalah Mohd. Hakimi bin Kamar, Mohd Aizuddin bin Abdul Rahman dan Siti Nadia binti Mohd. Azmi. Tahniah buat mereka.......................

Dan pada hari Isnin, 17 Ogos 2009 sewaktu perhimpunan mereka telah dianugerahkan sijil tersebut oleh PK Pentadbiran, Pn. Moorhani binti Sulong Zainal.







Tahniah!!!!!!!!!!!!!!
Semoga menjadi contoh kepada murid-murid SK Lekir...
'BUAT SEHABIS BAIK'