PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 6 Ogos 2009

PEMBESTARIAN SEKOLAH

PENGENALAN
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia berusaha untuk mengubahsuai sistem pendidikannya. Wawasan ini bertujuan menuntut kestabilan ke arah pertumbuhan produktiviti yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan bersedia untuk turut serta sepenuhnya dalam ekonomi dunia abad kedua puluh satu. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini ialah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi menetapkan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja untuk menghadapi cabaran abad akan datang.

Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedia ada di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan perlu berubah daripada pembelajaran secara menghafal kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran kreativiti, dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab ke atas keperluan pendidikannya, manakala ibu bapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani sesuatu perubahan.


KONSEP SEKOLAH BESTARI
Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut:
  • berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi
  • berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan
  • mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan penItalicgetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif
Inisiatif pembentukan Sekolah Bestari merupakan sebahagian daripada projek Koridor Raya Multimedia Malaysia. Sekolah Bestari Malaysia ditakrifkan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran Era Teknologi Maklumat.


OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI
  1. membangunkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar
  2. menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi
  3. mendemokrasikan pendidikan
  4. mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu
  5. meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
  1. mempunyai falsafah bahawa semua pelajar boleh belajar
  2. mempunyai kurikulum yang mengambil kira keupayaan dan keperluan semua pelajar
  3. mempunyai persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran
  4. mempunyai sistem pentaksiran yang berterusan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran
  5. guru besar dan guru yang profesional
  6. penglibatan serta sokongan tinggi daripada ibu bapa dan komuniti

Tiada ulasan: