PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 18 Ogos 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

TARIKH : 17 OGOS - 21 OGOS 2009
GURU BERTUGAS : PN. NOR ASIKIN BINTI RAMLI DAN PN. CHE WA BINTI SAAD

Begitu bersemangat guru bertugas kita pada minggu ini menyampaikan ucapannya. Pn. Nor Asikin binti Ramli telah memberitahu kepada murid-murid tentang wabak H1N1 yang sedang melanda negara kita. Beliau menyatakan agar semua murid memakai topeng setiap masa dan meminta murid yang demam, selsema atau batuk agar tidak hadir ke sekolah bagi membendung penularan wabak H1N1. Beliau turut menyebut masalah disiplin murid SK Lekir yang mana terdapat kes kecurian di Kg. Tersusun melibatkan murid SK Lekir. Beliau berharap agar kes ini menjadi panduan dan pedoman kepada murid lain dan diharap agar menjelang bulan Ramadhan ini, mereka yang terlibat dapat mengubah sikap ke arah lebih baik dan positif.

Kepada semua murid, guru dan staf SK Lekir, pada hari Khamis ini 20 Ogos 2009 adalah hari Pelancaran Program Ihya' Ramadhan iaitu hari untuk beramal ibadat dan bersedekah....

1 ulasan:

Nasrullah Jaafar berkata...

Alhamdulillah.
Tahniah pada murid2 yg berjaya.
Dan...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430 H.Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat drpd Allah SWT (^_^)