PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 27 Februari 2012

PERTANDINGAN BOLA SEPAK TIGA PENJURU

Pasukan bola sepak SK Lekir telah menyertai Pertandingan Bola Sepak Tiga Penjuru di padang SK Simpang Empat pada 25 Februari 2012 yang lalu.
Dalam pertandingan tersebut pasukan bola sepak sekolah telah menewaskan pasukan SK TLDM 11   5-0. Perlawanan menentang SK Simpang Empat berkesudahan seri  0-0.
Jurulatih dan pengurus pasukan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap pemain. Namun beberapa masalah seperti kecergasan, tektikal akan diperbaiki bagi memantapkan pasukan sekolah yang akan bertanding dalam Karnival Bola Sepak Daerah pada 26-29 Mac 2012 nanti. En. Rozwan bin Rahim YDP PIBG SK Lekir dan jurulatih jemputan En. Shahman turut menyaksikan perlawanan tersebut.

SELAMAT MAJU JAYA

SELAMAT ULANGTAHUN......


LATIHAN KEBAKARAN

TARIKH : 23 FEBRUARI 2012
MASA : 8.30 PAGI

Tepat jam 8.30 pagi  kedengaran siren kecemasan sebanyak 3 kali telah berkumandang di seluruh kawasan SK Lekir. Semua warga SK Lekir telah menyelamatkan diri menuju ke tempat yang telah ditetapkan di padang SK Lekir. Inilah latihan kebakaran kali pertama pada tahun ini. Terima kasih kepada semua warga SK Lekir kerana bekerjasama menjayakan latihan ini. Latihan ini adalah penting agar semua murid dan guru tidak panik apabila berhadapan dengan situasi begini. Kita akan berjumpa lagi dengan latihan yang sebegini yang lebih dramatik dan mendebarkan.



Murid bergerak mengikut arahan guru menuju ke kawasan selamat 

Guru kelas sedang memastikan anak murid cukup dan tidak menjadi mangsa kebakaran

Guru kelas melaporkan bilangan murid kepada En. Mohamad Rashid bin Adalan

Sudah selamat dan sedang berkumpul di padang SK Lekir

Murid-murid dan guru-guru SK Lekir sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Al Fairuz bin Abd Latif selaku Penyelaras  Latihan Kebakaran

Jumaat, 17 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TARIKH:15 FEBRUARI 2012
MASA:3.00-5.00 PETANG
TEMPAT:DEWAN SK LEKIR

Ahad, 12 Februari 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012 KE-51

TARIKH:11 FEBRUARI 2012
MASA:8.00 PAGI
TEMPAT:DEWAN SK LEKIR

Mesyuarat Agung PIBG Ke-51 telah diadakan pada Sabtu 11 Februari 2012. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh En. Rashidi bin Ibrahim AMP, AMN Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak. Beliau telah menyampaikan ucapan yang boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada ibu bapa yang hadir  dalam usaha mendidik anak-anak menjadi murid yang cemerlang dalam hidup. Beliau juga turut sempat menyampaikan 5 hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 ini.

Mesyuarat Agung telah bermula setengah jam kemudian selepas para tetamu dan ibu bapa menikmati sedikit jamuan ringan. Dalam mesyuarat ini terdapat beberapa usul yang telah dipersetujui dan diterima oleh ibu bapa namun begitu ada juga usul yang tidak dapat dibincangkan kerana pencadang usul tersebut tidak hadir.

En. Rashidi bin Ibrahim AMP, AMN Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Lekir Kali Ke-51
En. Hasamuddin bin Hussain, Guru Besar SK Lekir
En. Ahmad Fauzi bin Ramli, YDP PIBG SK Lekir 2011/2012 
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG 2012/2014 yang baru dilantik pada tahun ini.

SEMASA MESYUARAT AGUNG SEDANG BERLANGSUNG







ANTARA MEREKA YANG BERTUAH.....TAHNIAH

Sabtu, 4 Februari 2012


SELAMAT MENYAMBUT 
MAULIDUR RASUL 1433H
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

KLINIK BOLA SEPAK 2012

        Seramai lima puluh satu orang murid dari Tahun 4,5 dan 6  telah menyertai Klinik Bola Sepak anjuran Kelab permainan Bola Sepak SK Lekir pada hari ini 4 Februari yang telah bermula pada pukul 8.00 pagi. Klinik ini diadakan selama 2 hari bermula pada hari ini dan berakhir pada hari esok 5 Februari 2012.
         Klinik ini di kendalikan oleh  Ketua Jurulatih Bola Sepak TLDM ,En Rafaie b Md Isa dan dibantu oleh En Badrulhisham bin Safian.
     Tujuan klinik ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang teknik bermain bola sepak. Selain itu melalui klinik ini pihak sekolah berharap dapat mengenalpasti pemain bola sepak yang berbakat. Pihak sekolah memberi kepercayaan kepada En Rafai dan En Badrulhisham  memilih 18 orang pemain untuk membentuk pasukan bola sepak sekolah yang akan bertanding dalam Karnival Bola Sepak bawah 12 tahun Daerah Manjung yang akan diadakan pada akhir bulan Mac 2012  ini.
Peserta klinik bola sepak ini didedahkan dengan pelbagai teknik asas permainan bola sepak. Kelas teori dan tektikal bola sepak juga diadakan selama sejam.
       En Hasamuddin Hussain, Guru Besar, turut bersama-sama jurulatih,dan guru kelab permainan bola sepak En Ahmad Basri, En Mohd Rashid, dan En Mohd Zahari sepanjang klinik ini diadakan.
         Diharapkan pasukan bola sepak SK Lekir akan mencipta kejayaan dalam Karnival Bola Sepak yang akan disertai nanti.
        Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Rafai Md Isa dan En Badrulhisham b Safian.
 
Murid sedang mendengar penerangan sebelum bermula aktiviti.
En Rafai Md Isa dan En Badrulhisham b Safian.