PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 21 Februari 2011

PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA BALING

Satu perlawanan persahabatan bola baling telah diadakan di SK Seri Bayu pada hari Sabtu yang lepas 19 Februari 2011. SK Seri Bayu adalah johan Zon Manjung. Perlawanan tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pasukan SK Lekir sebelum menyertai pertandingan Zon Sitiawan pada 21 Februari ini.




PERTANDINGAN BOLA BALING ZON SITIAWAN

TAHNIAHHHHH........tahniah kepada pasukan bola baling perempuan SK Lekir kerana telah menjadi Johan Peringkat Zon Sitiawan dan tempat keempat Peringkat Zon Sitiawan bagi pasukan lelaki. Pasukan bola baling sekolah telah menyertai pertandingan tersebut semalam 21 Februari 2011 yang berlangsung di padang SK Sitiawan. Perlawanan diadakan secara liga. Tidak lupa juga kepada mereka yang telah melatih pasukan ini iaitu Pn. Jariah Kamarudin, Pn. Azira, Pn. Halizan Harun dan Pn. Jafini Abu Bakar. Tahniah sekali lagi dan semoga pasukan perempuan yang akan mewakili Zon Sitiawan ke peringkat daerah akan mendapat keputusan yang cemerlang.






SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah telah diadakan pada Jumaat 18 Februari 2011. Sambutan ini telah dimulakan dengan perarakan murid-murid bersama guru-guru bermula dari padang sekolah melalui Kg Pasir Pandak hingga ke Bakau Di Muara 1. Selain itu, murid juga telah mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Marzihan bin Mohd Ali. Bukan itu sahaja, murid-murid Tahap 2 telah menyertai Pertandingan Nasyid sempena Maulidur Rasul.
Sememangnya setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad saw dengan mengadakan beberapa acara. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Setiap umat Islam wajar memahami dan menjiwai semangat sambutan Maulidur Rasul dengan bersungguh-sungguh dan menzahirkan keindahan Islam dalam kehidupan seharian. Jasa dan sumbangan Rasulullah saw sewajarnya dihargai seluruh umat Islam dengan mengamalkan ajaran Islam bersungguh-sungguh kerana dengan cara itu akan menghasilkan natijah terbaik di dunia dan akhirat.
1 Malaysia 1 Ummah adalah tema tahun ini yang menekankan kepentingan unsur perpaduan dan penyatuan di kalangan umat Islam di negara ini.

Khamis, 17 Februari 2011

PERTANDINGAN MEMBUAT KAIN RENTANG ANTARA KELAB DAN PERSATUAN

Panitia Agama Islam SK Lekir telah mengadakan satu pertandingan membuat kain rentang sempena Sambutan Maulidur Rasul semalam 16 Februari 2011. Pertandingan ini telah diadakan antara kelab dan persatuan. Setiap kelab dan persatuan diberi satu tema untuk dibuat di kain rentang yang telah disediakan. Pertandingan ini telah dijalankan pada waktu kokurikulum. Murid-murid dan guru-guru penasihat setiap kelab dan persatuan bekerjasama untuk menghasilkan kain rentang tersebut yang akan digunakan semasa perarakan Maulidur Rasul pada hari Jumaat ini 18 Februari 2011.