PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 21 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah telah diadakan pada Jumaat 18 Februari 2011. Sambutan ini telah dimulakan dengan perarakan murid-murid bersama guru-guru bermula dari padang sekolah melalui Kg Pasir Pandak hingga ke Bakau Di Muara 1. Selain itu, murid juga telah mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Marzihan bin Mohd Ali. Bukan itu sahaja, murid-murid Tahap 2 telah menyertai Pertandingan Nasyid sempena Maulidur Rasul.
Sememangnya setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad saw dengan mengadakan beberapa acara. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Setiap umat Islam wajar memahami dan menjiwai semangat sambutan Maulidur Rasul dengan bersungguh-sungguh dan menzahirkan keindahan Islam dalam kehidupan seharian. Jasa dan sumbangan Rasulullah saw sewajarnya dihargai seluruh umat Islam dengan mengamalkan ajaran Islam bersungguh-sungguh kerana dengan cara itu akan menghasilkan natijah terbaik di dunia dan akhirat.
1 Malaysia 1 Ummah adalah tema tahun ini yang menekankan kepentingan unsur perpaduan dan penyatuan di kalangan umat Islam di negara ini.

Tiada ulasan: