PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 20 November 2009

PENYAMPAIAN CENDERAHATI MURID GEMILANG 5A

Pada hari ini warga SK Lekir dikejutkan dengan kehadiran wartawan bahagian penyiaran bahagian EDUWEB TV yang telah mewawancara Guru Besar SK Lekir, guru dan murid gemilang 5A 2009. En. Rashidi bin Ibrahim setiausaha sulit Menteri Besar Perak telah hadir untuk menyampaikan cenderahati iaitu sebuah basikal kepada murid-murid yang telah mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan semalam. Penyampaian cenderahati tersebut turut disaksikan oleh warga SKL dan ibu bapa murid gemilang tersebut.Guru Besar En. Zulkfly bin Meor Lop. PPN sedang ditemuramah oleh pihak EDUWEB TV tentang kejayaan SK Lekir dalam peperiksaan UPSR 2009.

Ibu kepada adik Mohd. Naim bin Azhari, salah seorang murid gemilang UPSR 2009

SAAT-SAAT UPSR DIUMUMKAN....

Khamis, 19 November 2009

DEBARAN BERAKHIR.....

Hari ini 19 NOVEMBER 2009 debaran guru-guru dan murid-murid Tahun 6 SK Lekir berakhir dengan pengumuman keputusan UPSR. SK Lekir telah mencapai kecemerlangan dengan keputusan kelulusan keseluruhan 81.1 % dengan 9 orang murid telah mendapat 5A. Ini adalah satu peningkatan berbanding Tahun 2008, kelulusan keseluruhan adalah 76.9 % dengan 3 orang mendapat 5A. Tahniah kepada semua warga SKL yang telah bertungkus lumus berganding bahu mendidik, memberi ilmu tanpa jemu kepada anak murid kita. TAHNIAH.......................
MURID CEMERLANG 5A
MOHAMAD NAIM BIN AZHARI
MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
AFFIQ AFNAN BIN KAMARUZAMAN

MUHAMMAD AZHAD AFHAM BIN ALANG HASHIM

MUHAMAD HAKIMI BIN
KAMAR
ALIAA NAZIHAH BINT
I MAHADI
NURHIDAYAH AMIRA BINTI MOHD AMIN
AIN ZULAIHA BINTI DZULKIFLI
NOOR FAIZEEN BINTI KAMARUDDIN


MURID CEMERLANG 4A 1B
NOOR ZALIKHA BINTI KAMARUL BAHARIN
NOR SUHAILA BINTI MOHD SUHAIMI
FAIRUZ MUNIRAH BINTI MOHD TAZALLI



SUASANA SEMASA PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR




WAJAH-WAJAH KEGEMBIRAAN




SENYUMAN KEJAYAAN.............



Senyuman seorang guru Bahasa Inggeris, Pn. Zarina binti Kasim yang akan bertukar ke SK Mersing Kanan, Johor mulai 1 Disember 2009 setelah mengetahui kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR. Itulah hasil kejayaan yang ditinggalkan di sini sebelum berpindah (94.3% kelulusan). Jasamu Dikenang......











Senyuman seorang Ketua Jabatan yang berpuashati dengan keputusan UPSR yang diterima pada hari ini. Segala perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dengan peningkatan keputusan UPSR pada tahun ini. Agak-agak apa pula perancangan Guru Besar kita ini pada tahun 2010 untuk mengekalkannya.....








Apalah yang disenyumkan oleh cikgu Bahasa Melayu kita nie, En. Ahmad Basri....namun jangan risau kerana tahun depan akan mengajar Tahun 6 lagi......Senyuman sebagai guru dan ibu.....Panjang lebar senyumannya....maklumlah anak tersayang juga telah berjaya, bolehlah belanja kita semua....

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2009



JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2009

TARIKH : 18 NOVEMBER 2009
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : TELUK BATIK RESORT

Semua guru dan staf SK Lekir telah menghadiri Jamuan Akhir Tahun 2009 yang telah dirancang dan dianjurkan dengan begitu baik oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Lekir. Begitu riuh dan gembira semua yang hadir dengan bermacam-macam cerita. Makanan yang disediakan juga bolehlah tahan......Banyak hadiah yang disediakan oleh KGKT, antaranya Hadiah Harijadi, Hadiah Perkahwinan, Hadiah Cabutan Bertuah, Hadiah Misteri dan yang best sekali Hadiah Wanita Anggun dan Lelaki Kacak...


Inilah antara hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh KGKT. Siapalah yang bertuah agaknya......


Apalah yang dibincangkan oleh Pengerusi KGKT Pn. Nik Norazizah dengan Bendahari KGKT Pn. Faridatul Akmar..........Orang kuatlah katakan.......


Guru dan staf yang hadir membuat pendaftaran di meja pendaftaran.

Bergambar dulu sementara menunggu masa untuk menjamu selera.

Sedapnya makanan tu...tak sabar nak makan ni..lambat lagi ke...Wah, ada yang makan tak tengok orang lain dah, sedaplah tu...

Inilah orangnya yang telah terpilih dan menang kategori Lelaki Kacak. Kenal tak??? Inilah Guru Besar kita, En. Zulkifly b Meor Lop. PPN

Inilah dia juruacara yang banyak celoteh dan cerita yang mencuit hati sehingga kami yang hadir asyik gelak sahaja......Siapa lagi kalau bukan Pn. Nor Asikin Ramli. Nampaknya jadi juruacara lagi tahun depan nie...

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2010

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2010

MINGGU 1
ISNIN (7.12.2009)

8.30pg-10.00pg Bahasa Melayu
10.30pg-12.00tgh Bahasa Melayu

SELASA (8.12.2009)
8.30pg-10.00pg Matematik
10.30pg-12.00tgh Matematik

RABU (9.12.2009)
8.30pg-10.00pg Matematik
10.30pg-12.00tgh Matematik

KHAMIS (10.12.2009)
8.30pg-10.00pg Sains
10.30pg-12.30tgh Sains


MINGGU 2
ISNIN (14.12.2009)

8.30pg-10.00pg Sains
10.30pg-12.30tgh Sains

SELASA (15.12.2009)
8.30pg-10.00pg Bahasa Inggeris
10.30pg-12.30tgh Bahasa Inggeris

RABU (16.12.2009)
8.30pg-10.00pg Bahasa Inggeris
10.30pg-12.30tgh Bahasa Inggeris

KHAMIS (17.12.2009)
8.30pg-10.00pg Bahasa Melayu
10.30pg-12.30tgh Bahasa Melayu

Selasa, 17 November 2009

HARI ANUGERAH GEMILANG 2009

HARI ANUGERAH GEMILANG 2009

TARIKH : 17 NOVEMBER 2009
HARI : SELASA
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

PERASMI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MANJUNG


Guru-guru dan ibu bapa yang hadir membuat pendaftaran kehadiran mereka di meja pendaftaran.
Inilah suasana semasa Hari Anugerah Gemilang 2009 berlangsung. Meriah sungguh dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak sama ada yang menerima hadiah ataupun yang akan membuat persembahan.



YDP PIBG telah menyampaikan sepatah dua kata dengan menyentuh tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dengan bekalkan mereka ilmu agama dan dunia agar mereka menjadi anak-anak yang berguna pada masa akan datang. Juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru tang bertungkuslumus mendidik mereka.











Guru Besar SK Lekir, En. Zulkfly bin Meor Lop turut menyampaikan ucapannya dengan menyentuh tentang kejayaan
anak-anak murid. Beliau turut menyatakan syukurnya kerana dapat menjayakan Hari Anugerah ini dan berterima kasih kepada tetamu yang hadir. Dalam ucapannya menyatakan agar ibu bapa mengambil berat tentang keselamatan anak-anak mereka.








En. Mudzaffar Shah b. Mohammed Rajamal (Penolong PPD Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan) telah menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya telah merasmikan Hari Anugerah Gemilang 2009 SK Lekir. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh bahawa Hari Anugerah ini adalah sebagai simbol pengiktirafan kepada anak-anak didik walaupun buat sedikit kerja. Beliau mewakili PPD mengucapkan tahniah kepada warga SKL, terus bekerjasama dengan PIBG dalam menjalankan aktiviti sekolah untuk memantapkan ilmu pengetahuan. Ibu bapa juga diharap membantu pihak sekolah dengan memberi galakan dan semangat kepada anak-anak untuk tingkatkan diri. Murid-murid juga dinasihatkan agar teruskan usaha, dengar kata ibu bapa dan guru serta yang penting jangan abaikan solat.

SEKITAR PERSEMBAHAN MURID-MURID SK LEKIR































Isnin, 16 November 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP KEM BESTARI SOLAT

TARIKH : 14 NOVEMBER 2009
HARI : SA
BTU
MASA : 8.30 PG HINGGA 12.30 TGH
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

Pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran yang julung-julung kali diadakan untuk murid j-Qaf ini diharapkan agar lebih ramai lagi murid yang akan khatam Al-Quran dengan mutu bacaan yang baik dan sempurna.

OBJEKTIF
1. Menggalakkan murid minat membaca Al-Quran dan dapat khatam Al-Quran.
2. Murid dapat membaca Al-Quran dengan baik.
3. Memartabatkan Al-Quran sebagai Kitabullah.