PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 17 November 2009

HARI ANUGERAH GEMILANG 2009

HARI ANUGERAH GEMILANG 2009

TARIKH : 17 NOVEMBER 2009
HARI : SELASA
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

PERASMI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MANJUNG


Guru-guru dan ibu bapa yang hadir membuat pendaftaran kehadiran mereka di meja pendaftaran.
Inilah suasana semasa Hari Anugerah Gemilang 2009 berlangsung. Meriah sungguh dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak sama ada yang menerima hadiah ataupun yang akan membuat persembahan.



YDP PIBG telah menyampaikan sepatah dua kata dengan menyentuh tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dengan bekalkan mereka ilmu agama dan dunia agar mereka menjadi anak-anak yang berguna pada masa akan datang. Juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru tang bertungkuslumus mendidik mereka.











Guru Besar SK Lekir, En. Zulkfly bin Meor Lop turut menyampaikan ucapannya dengan menyentuh tentang kejayaan
anak-anak murid. Beliau turut menyatakan syukurnya kerana dapat menjayakan Hari Anugerah ini dan berterima kasih kepada tetamu yang hadir. Dalam ucapannya menyatakan agar ibu bapa mengambil berat tentang keselamatan anak-anak mereka.








En. Mudzaffar Shah b. Mohammed Rajamal (Penolong PPD Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan) telah menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya telah merasmikan Hari Anugerah Gemilang 2009 SK Lekir. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh bahawa Hari Anugerah ini adalah sebagai simbol pengiktirafan kepada anak-anak didik walaupun buat sedikit kerja. Beliau mewakili PPD mengucapkan tahniah kepada warga SKL, terus bekerjasama dengan PIBG dalam menjalankan aktiviti sekolah untuk memantapkan ilmu pengetahuan. Ibu bapa juga diharap membantu pihak sekolah dengan memberi galakan dan semangat kepada anak-anak untuk tingkatkan diri. Murid-murid juga dinasihatkan agar teruskan usaha, dengar kata ibu bapa dan guru serta yang penting jangan abaikan solat.

SEKITAR PERSEMBAHAN MURID-MURID SK LEKIR































Tiada ulasan: