Rabu, 14 Mac 2012

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH MANJUNG

Satu perkhemahan Badan Beruniform telah diadakan pada Isnin 12 Mac 2012 hingga 13 Mac 2012. Seramai 4 orang murid SK Lekir telah terlibat dengan perkhemahan tersebut. Mereka terdiri daripada 2 orang murid pengakap iaitu Muhamad Afiq Izzuddin bin Zulkifli dan Mohamad Hadi bin Kamar dan 2 orang murid Puteri Islam iaitu Nur Aina Izzati binti Ali dan Amirah Nabilah binti Firdaus. Susulan daripada perkhemahan tersebut 2 orang murid iaitu Muhamad Afiq Izzuddin dan Amirah Nabilah telah terpilih untuk mewakili SK Lekir ke Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 24 Mac hingga 27 Mac 2012 di Daerah Batang Padang.

Jumaat, 9 Mac 2012

BAKAL GURU................

Pada minggu ini, SK Lekir telah didatangi oleh 5 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Mereka adalah 4 orang dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani, Kedah iaitu Muhammad Luqman bin Massuti, Mohammad Azrie bin Abdul Khoder, Muhammad Suhaimi bin Hamdan dan Muhammad Zakwan bin Mohamad. Manakala, Cik Hanis Nabihan binti Kasran pula dari IPG Kampus Pulau Pinang. Mereka telah berada di SK Lekir sejak 5 Mac 2012 hinggalah ke hari ini 9 Mac 2012. 

PBS ini adalah merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi mereka untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah.

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA KERANA TELAH SUDI MENJADIKAN SK LEKIR SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEREKA MEMBUAT PBS.  

JADUAL KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH

MASA
TARIKH/HARI
MATA PELAJARAN
6 CERDAS
6 PINTAR
8.30-10.30
(kelas)

10.00-10.30
(rehat)

10.30-12.00
(kelas)
12.03.2012
ISNIN
BAHASA INGGERIS
SAINS
13.03.2012
SELASA
MATEMATIK
BAHASA MELAYU
14.03.2012
RABU
SAINS
MATEMATIK
15.03.2012
KHAMIS
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS

Isnin, 5 Mac 2012

AKTIVITI KOKURIKULUM DAN 1M 1S PADA MINGGU INI DITANGGUHKAN KERANA MINGGU INI ADALAH MINGGU UJIAN.

HARAP MAKLUM

UJIAN BULAN MAC 2012

 JADUAL UJIAN TAHAP 1 - TAHUN 1, 2 DAN 3
HARI/TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
SELASA
06.03.2012
7.50-8.40
B. MELAYU PEMAHAMAN
8.50-10.05
B. MELAYU PENULISAN
10.45-12.00
SAINS

RABU
07.03.2012
7.50-8.40
B. INGGERIS KERTAS 1
8.50-10.05
B. INGGERIS KERTAS 2
10.45-11.45
MATEMATIK KERTAS 1

KHAMIS
08.03.2012
7.50-8.50
PEND. AGAMA ISLAM
9.00-10.00
JAWI
10.45-11.45
BAHASA ARAB

JUMAAT
09.03.2012
8.00-8.50

MATEMATIK KERTAS 2
*TAHUN 3 SAHAJA


 JADUAL UJIAN TAHAP 2 - TAHUN 4, 5 DAN 6
HARI/TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
SELASA
06.03.2012
7.50-8.40
B. MELAYU PEMAHAMAN
8.50-10.05
B. MELAYU PENULISAN
11.10-12.25
SAINS

RABU
07.03.2012
7.50-8.40
B. INGGERIS KERTAS 1
8.50-10.05
B. INGGERIS KERTAS 2
11.10-12.10
MATEMATIK KERTAS 1

KHAMIS
08.03.2012
7.50-8.50
PEND. AGAMA ISLAM
9.00-10.00
JAWI
11.10-12.10
BAHASA ARAB

JUMAAT
09.03.2012
8.00-8.50

MATEMATIK KERTAS 2

PERTANDINGAN BOLA SEPAK EMPAT PENJURU

       Sebanyak empat buah sekolah rendah telah menyertai Pertandingan Bola Sepak Empat Penjuru yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK Lekir pada 3 Mac 2012 Sabtu yang lalu.
       Perlawanan yang dijangka diadakan di padang SK Lekir terpaksa dipindahkan ke padang SMK Batu Sepuluh Lekir. Hal ini disebabkan padang SK Lekir telah ditakungi air akibat hujan lebat pada sebelah malam sebelum perlawanan diadakan.
       Pasukan yang menyertai pertandingan tersebut ialah SK Lekir, SK Pangkalan TLDM, SK Pangkalan TLDM 2 dan SK Sungai Tiram.
       Dalam pertandingan tersebut, SK Lekir telah menang dengan SK Sungai Tiram 6-1 dan SK Pangkalan TLDM 1-0. Namun, perlawanan menentang SK Pangkalan TLDM SK Lekir tewas 0-3.

KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2012

Tarikh:2 Mac 2012
Masa:3.00 petang hingga 6.00 petang
Sasaran: Tahun 1
Bilangan Murid Terlibat: 60 orang
Guru Terlibat: Pn. Nor 'Azaliah binti Ali Hassan
                     Pn. Wan Habsah binti Abu Bakar
                     Pn. Nor Riza binti Ramli@Remeli
                     Pn. Dayang Rozifairuz binti Kiflee
                     Pn. Faridatul Akmar binti Ibrahim

Tentatif Program Yang Telah Dijalankan:
3.00-4.00 petang : Niat wudhu' dan amali wudhu
4.00-5.00 petang : Niat solat 5 waktu dan amali solat
5.00-6.00 petang : Solat Asar berjemaah

Khamis, 1 Mac 2012

GURU PENYAYANG

Pada hari ini SK Lekir telah memulakan amalan Guru Penyayang seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkandung dalam Surat Siaran KPPM Bilangan 4 Tahun 2012. Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Antara yang telah dilaksanakan SK Lekir bermula pada hari ini ialah dengan mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah. Guru Bimbingan dan Kaunseling Cik Haryani binti Hanafi dan En. Mohamad Rashid bin Adalah telah memulakan langkah mereka sebagai Guru Penyayang pada pagi tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails