PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 22 Mac 2012

LAWATAN MOTIVASI TAHUN 6

Satu lawatan motivasi untuk murid Tahun 6 telah diadakan semalam 21 Mac 2012.  Seramai 40 orang murid Tahun 6 diiringi 3 orang guru telah melawat Universiti Teknologi Petronas. Di sana mereka telah diberi taklimat serta penerangan ringkas mengenai Universiti Teknologi Petronas.  Seterusnya, turut diadakan sedikit ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh kaunselor Universiti Teknologi Petronas, Puan Maznah binti Ramli. Maklumat yang disampaikan membuatkan peserta bersemangat untuk berusaha mendapatkan pencapaian yang terbaik di dalam UPSR nanti.  Mereka juga telah di bawa melawat ke Pusat Sumber ataupun lebih dikenali sebagai IRC (Information Resource Centre) di kalangan warga Universiti Teknologi Petronas. Rekabentuk dalaman yang dibina menyerupai pelantar minyak menimbulkan rasa kekaguman di kalangan peserta. Murid-murid telah diberi peluang untuk meninjau sendiri ruang IRC setinggi tiga tingkat itu.
Kaunselor Universiti Teknologi Petronas, Puan Maznah binti Ramli
Taklimat daripada petugas berkaitan IRC
Ruang dalaman IRC yang dibina menyerupai pelantar minyak milik Petronas

Tiada ulasan: