PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 9 Mac 2012

BAKAL GURU................

Pada minggu ini, SK Lekir telah didatangi oleh 5 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Mereka adalah 4 orang dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani, Kedah iaitu Muhammad Luqman bin Massuti, Mohammad Azrie bin Abdul Khoder, Muhammad Suhaimi bin Hamdan dan Muhammad Zakwan bin Mohamad. Manakala, Cik Hanis Nabihan binti Kasran pula dari IPG Kampus Pulau Pinang. Mereka telah berada di SK Lekir sejak 5 Mac 2012 hinggalah ke hari ini 9 Mac 2012. 

PBS ini adalah merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi mereka untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah.

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA KERANA TELAH SUDI MENJADIKAN SK LEKIR SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEREKA MEMBUAT PBS.  

Tiada ulasan: