PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 26 April 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Pada pagi ini isu utama dalam perhimpunan mingguan yang telah dibangkitkan oleh Guru Besar SK Lekir adalah mengenai kelemahan murid SK Lekir menghafal sifir. Beliau telah memberi masa selama 3 hari kepada murid-murid untuk menghafal sifir dari sifir 2 hingga sifir 9. Sebenarnya saya sendiri telah melihat sendiri kelemahan murid SK Lekir yang tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir sedangkan kita dulu semasa zaman sekolah boleh menghafal sifir sehingga 9. Apabila guru menyoal terus saja kita jawab kerana jawapan sudah tersedia di minda tetapi mengapa murid sekarang begitu sukar untuk berbuat demikian. Kelemahan murid dalam matematik adalah kerana tidak menguasai 4 fakta asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid sekarang juga didapati amat sukar untuk mencongak apabila diberi soalan yang mudah. Oleh itu diharap masa yang diberi oleh Guru Besar itu dijadikan sebagai perangsang kepada murid-murid SK Lekir. Usaha jangan tak usaha.................




Rabu, 21 April 2010

LAWATAN PKG SITIAWAN

Pada hari ini 21 April 2010, SK Lekir telah dilawati oleh pegawai dari PKG Sitiawan iaitu Pn. Zuraidah bt Mohd Shafie dan En. Ahmad Riduan b Mohamed. Mereka telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer.




KARNIVAL BAHASA 2010

TARIKH : 21 APRIL 2010
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : SK LEKIR












Selasa, 20 April 2010

LADAP....

TARIKH : 20 APRIL 2010
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK LEKIR

TAJUK :
PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL DI SEKOLAH
PENCERAMAH : PN. ROHANA BINTI KAMARUDIN


Pn. Rohana Kamarudin sedang menyampaikan ceramahnya dengan begitu bersemangat.






Guru-guru yang hadir begitu tekun mendengarnya. Kena dengar nie...manalah tahu nanti akan mengendalikan sesuatu majlis..berguna maklumat nie...

Jumaat, 9 April 2010

UJIAN PERMATA PINTAR

Ujian Saringan Permata Pintar UKM 1 Versi 2010 telah pun bermula dari 1 Mac 2010 hinggalah 31 Mei 2010. Ujian ini terbuka kepada murid dari Tahun 1 hinggalah Tingkatan 3. Ujian ini boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh akses rangkaian internet. Ujian ini adalah ujian IQ yang mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan secara logikal. Ujian ini dibangunkan dan dilaksanakan dalam talian berasaskan web agar proses pencarian pelajar pintar cerdas dapat dilakukan secara menyeluruh dalam masa yang terhad . Oleh sebab itu, pihak sekolah, ibu bapa dan kaum kerabat serta masyarakat Malaysia perlu menggalakkan pelajar-pelajar mengambil ujian dalam talian ini. Pelajar yang terpilih nanti akan mengikuti segala program yang telah dirancang semasa musim cuti sekolah. Pelajar akan dipilih berdasarkan skor kelayakan mengikut peringkat umur dan tiada sistem kuota dari segi jantina, bangsa, daerah, negeri dan jenis sekolah digunakan dalam pemilihan pelajar.

SK Lekir telah mula menjalankan ujian tersebut bermula dari 8 April 2010. Murid menjalani ujian tersebut di makmal komputer secara bergilir-gilir sehingga selesai. Mereka menjalankan ujian tersebut dengan dipantau oleh Guru Penyelaras Bestari.







Rabu, 7 April 2010

Amaran Tsunami Pagi ini


Jika anda berada di kawasan pantai negeri Perak, Kedah, Penang, dan Perlis, anda dinasihati untuk tidak berada di kawasan pantai kerana amaran tsunami telah dikeluarkan oleh ahli meteologi. Saya dapat berita ini dari radio Hitz.fm. Diharap Tsunami tidak berlaku kerana ia banyak merosakan harta benda.

Jumaat, 2 April 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN....

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
SEKOLAH RENDAH DAERAH MANJUNG

Khamis, 1 April 2010

Nikon D90





I planned to buy Nikon D90 DSLR. But it is still in the planning. If money permits and adequate, I will buy it for their own use and for use for weddings and school functions. With a small fee charged.