PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 9 April 2010

UJIAN PERMATA PINTAR

Ujian Saringan Permata Pintar UKM 1 Versi 2010 telah pun bermula dari 1 Mac 2010 hinggalah 31 Mei 2010. Ujian ini terbuka kepada murid dari Tahun 1 hinggalah Tingkatan 3. Ujian ini boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh akses rangkaian internet. Ujian ini adalah ujian IQ yang mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan secara logikal. Ujian ini dibangunkan dan dilaksanakan dalam talian berasaskan web agar proses pencarian pelajar pintar cerdas dapat dilakukan secara menyeluruh dalam masa yang terhad . Oleh sebab itu, pihak sekolah, ibu bapa dan kaum kerabat serta masyarakat Malaysia perlu menggalakkan pelajar-pelajar mengambil ujian dalam talian ini. Pelajar yang terpilih nanti akan mengikuti segala program yang telah dirancang semasa musim cuti sekolah. Pelajar akan dipilih berdasarkan skor kelayakan mengikut peringkat umur dan tiada sistem kuota dari segi jantina, bangsa, daerah, negeri dan jenis sekolah digunakan dalam pemilihan pelajar.

SK Lekir telah mula menjalankan ujian tersebut bermula dari 8 April 2010. Murid menjalani ujian tersebut di makmal komputer secara bergilir-gilir sehingga selesai. Mereka menjalankan ujian tersebut dengan dipantau oleh Guru Penyelaras Bestari.







Tiada ulasan: