PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 26 April 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Pada pagi ini isu utama dalam perhimpunan mingguan yang telah dibangkitkan oleh Guru Besar SK Lekir adalah mengenai kelemahan murid SK Lekir menghafal sifir. Beliau telah memberi masa selama 3 hari kepada murid-murid untuk menghafal sifir dari sifir 2 hingga sifir 9. Sebenarnya saya sendiri telah melihat sendiri kelemahan murid SK Lekir yang tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir sedangkan kita dulu semasa zaman sekolah boleh menghafal sifir sehingga 9. Apabila guru menyoal terus saja kita jawab kerana jawapan sudah tersedia di minda tetapi mengapa murid sekarang begitu sukar untuk berbuat demikian. Kelemahan murid dalam matematik adalah kerana tidak menguasai 4 fakta asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid sekarang juga didapati amat sukar untuk mencongak apabila diberi soalan yang mudah. Oleh itu diharap masa yang diberi oleh Guru Besar itu dijadikan sebagai perangsang kepada murid-murid SK Lekir. Usaha jangan tak usaha.................




Tiada ulasan: