PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Rabu, 13 Januari 2010

Keadaan Abang Khai Tenat

13 Jan 2010 - Sekolah macam biasa. Dalam pukul 10.30 pagi, Pn Moorhani (Bonda) memberitahu saya berita yang agak mengejutkan. Bonda mendapat berita dari Kak Pah dimana keadaan Abang Khai dikhabarkan semakin tenat. Sejak dari selesai pembedahan itu, keadaan Abang Khai sememangnya tidak berapa stabil. Doktor memanggil kesemua ahli keluarganya untuk memberitahu bahawa pembedahan mengeluarkan darah dalam otak Abang Khai telah berjaya, namun tekanan darahnya yang tidak menentu telah menyebabkan keadaan dirinya semakin menurun dan ditakuti boleh mencapai tahap (0). Pihak Doktor meminta ahli keluarga Abang Khai supaya banyak-banyak berdoa dan bersedia menghadapi apa jua keadaan. Berita yang saya dengar tersebut saya kongsi bersama isteri dan kemudian kami bercadang untuk ke Hospital pada sebelah petang nanti. Hati saya gusar dan kacau sepanjang hari mengenangkan nasib seorang sahabat baru yang telah saya anggap sebagai seorang Abang. Masa dirasakan bergerak terlalu perlahan. "Abang Khai, tunggu aku datang tau," kata hati kecil saya.

                       - Saya pulang dari sekolah agak awal dalam pukul 3 petang kerana keinginan berjumpa Abang Khai sangat kuat. Saya mengajak isteri menemani saya ke Hospital Ipoh. Dalam perjalanan, isteri saya bercerita tentang pengalaman dia bersama seorang kawannya yang 6 bulan koma tetapi dengan izin Allah pulih selepas itu. Dia juga mencadangkan supaya apabila sampai nanti, saya perlu bercakap dengan Abang Khai walaupun dia terbaring kaku. Menurut sebuah buku yang pernah dibaca oleh isteri saya, walaupun seseorang itu berada dalam keadaan koma tetapi setiap perbualan kita dia dapat mendengarnya. Dalam fikiran macam-macam nak dicakapkan, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan. Terasa baru semalam kami berbual dan salah satu dialog yang terlalu ingin saya ucapkan kepadanya ialah, " Sabarjeeee lah En Khairul nieee". Terasa lambat perjalanan kerana saya mengharapkan agar berjumpa sahabat yang sudah 8 hari tidak berjumpa.
                          - Sesampai di Hospital kami terus ke wad ICU ditingkat 3. Kehadiran kami disambut oleh abang kepada Abang Khai yang bertugas di Seri Iskandar. Kami dibawa masuk ke wad ICU. Hati berdebar-debar namun senyuman tetap ada kerana hajat untuk bertemu sudah kesampaian. Namun setibanya saya dikatil, apa yang saya nampak terlalu menghancurkan jiwa. Abang Khai yang terbujur kaku diatas katil itu bukanlah Abang Khai yang biasa saya kenali. Muka dan tangannya bengkak. Terlalu banyak tiub yang disambungkan ke monitor-monitor yang mengawasi perkembangan Abang Khai.  Tiub  'life support'  telah disambungkan dilehernya. Kesan jahitan pembedahan dikepalanya jelas kelihatan. Menurut Kak Pah, tempurung kepala bahagian depan telah dikeluarkan sementara bagi mengawal pembengkakkan. Kak Pah yang begitu tabah dimata saya turut menyatakan bahawa otak sebelah kanan Abang Khai telah berhenti berfungsi (mati) atau 'brain dead'. Doktor meramalkan harapan Abang Khai untuk selamat dan pulih amatlah tipis. "Ya Allah, kenapa Kau berikan ujian seberat ini kepada sahabatku". Itu sahaja yang mampu saya suarakan dalam hati. Isteri menggesa saya supaya duduk disisi Abang Khai dan bercakap dengannya. Namun lidah terlalu kelu untuk bersuara kerana hati saya terlalu sedih melihat penderitaan Abang Khai. Saya hanya mampu mendengar isteri bertanya pelbagai soalan kepada Kak Pah. Saya sentuh tangan Abang Khai yang bengkak, terasa sejuk. Hati saya terlalu takut sebenarnya memikirkan kesudahan keadaan Abang Khai. Takut kehilangan seorang sahabat dan seorang abang.

                             -Sepanjang perjalan pulang saya tetap teringatkan keadaan Abang Khai tadi. Bagaimana nasib keluarganya? Dapatkah Abang Khai diselamatkan? Terlintas dalam fikiran bagaimana jika saya yang terlantar dihospital sedemikian. Adakah saya telah menyediakan persiapan yang mencukupi untuk isteri dan keluarga?

Tiada ulasan: