PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Ahad, 29 Januari 2012

MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN AKUJANJI MURID TAHUN 6


Kecemerlangan akan terjulang megah hasil daripada pengembelingan tenaga secara kolektif dari semua pihak. Pemimpin masyarakat dan ibu bapa sewajarnya terlibat sama secara formal dan tidak formal bagi menyokong guru dan mendorong murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2012 ke arah pemantapan dan kecemerlangan. Maka dengan itu, Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 adalah program bagi memantapkan lagi peranan serta tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak, khususnya dalam menentukan kecemerlangan UPSR. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah seliaan Cik Haryani binti Hanafi. Dalam program tersebut, antara aktivitinya ialah ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En. Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi, Penyelia Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Perak. Beliau telah menyampaikan ceramahnya dengan berkesan sekali dan diharap dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.





















Tiada ulasan: