PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 31 Januari 2011

KLINIK BOLA SEPAK

Seramai 70 orang murid telah menyertai Klinik Bola yang berlangsung di padang SK Lekir. Mereka terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Klinik yang bermula pada pukul 8.00 hingga 11.00 pagi ini dilangsungkan selama dua hari berturut-turut pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 29 dan 30 Januari 2011.
Klinik ini dikendalikan oleh En. Rafae bin Isa, Ketua Jurulatih Bola Sepak TLDM merangkap Jurulatih Pasukan SM Navy sebuah pasukan yang sedang menyertai Liga Perdana Malaysia.
Pelbagai teknik asas permainan bola sepak didedahkan kepada murid-murid. Selain itu kelas teori juga diadakan selama satu jam. Dalam masa yang sama En. Rafae telah mengenal pasti seramai 25 orang murid yang berbakat dalam permainan bola sepak. Mereka dipilih untuk menjalani Latihan Fasa 2.
Pemain ini akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Sepak MSSPK Daerah Manjung pada awal bulan Mac nanti.








Tiada ulasan: