Klinik ini dikendalikan oleh En. Rafae bin Isa, Ketua Jurulatih Bola Sepak TLDM merangkap Jurulatih Pasukan SM Navy sebuah pasukan yang sedang menyertai Liga Perdana Malaysia.
Pelbagai teknik asas permainan bola sepak didedahkan kepada murid-murid. Selain itu kelas teori juga diadakan selama satu jam. Dalam masa yang sama En. Rafae telah mengenal pasti seramai 25 orang murid yang berbakat dalam permainan bola sepak. Mereka dipilih untuk menjalani Latihan Fasa 2.
Pemain ini akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Sepak MSSPK Daerah Manjung pada awal bulan Mac nanti.