PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 11 Mac 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-45

TARIKH : 11 MAC 2010
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PADANG SK LEKIR

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-45 telah bermula pada pukul 2.30 petang yang telah dirasmikan oleh En. Mohd. Sharif bin Mohammad, Penolong PPD Bahagian Sekolah Rendah. Ramai ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Acara telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, cuaca pada hari ini tidaklah panas terik seperti hari-hari biasa dan ini sudah tentulah baik untuk kami semua. Murid-murid yang menyertai acara telah menunjukkan kekuatan masing-masing. Setiap rumah sukan yang bertanding berlumba-lumba untuk menjadi johan dalam Kejohanan Sukan kali ini. Guru-guru bersemangat memberi sokongan kepada rumah masing-masing. Namun menjelang petang lebih kurang pada pukul 5.00 petang hujan telah turun seakan memberi rahmat kepada kami semua. RUMAH KUNING telah diumumkan sebagai johan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-45.



PERBARISAN LINTAS HORMAT OLEH MURID-MURID TAHUN 4, 5 DAN 6




En. Mohd Sharif bin Mohammad, Penolong PPD Bahagian Sekolah Rendah telah merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Ke-45 2010



Adik Luqmanul Hakim selaku ketua kontinjen mengetuai bacaan ikrar.



PERSEMBAHAN OLEH MURID-MURID TAHUN 2 DAN 3




ACARA BERMULA




PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG





Inilah dia olahragawan dan olahragawati bagi tahun 2010 iaitu adik Nur Aina Syazana Nazri dan Mohd Hanif bin Abdul Rashid. Teruskan kegemilangan anda....

PERTANDINGAN AKHIR TARIK TALI



Pertandingan akhir tarik tali ini adalah di antara rumah kuning dan hijau...

PESERTA 4X100 METER JEMPUTAN

Peserta jemputan ini adalah dari SK Simpang Empat yang telah menjuarai kategori jemputan ini. Mereka adalah Sathis a/l Rajah, Mohd Ashraf bin Hamdan, Mohd Ashraf bin Zarar Ahmad dan Thinakaran a/l Simmartih


Inilah pemenang tempat kedua kategori jemputan dari SK Muhamad Saman. Mereka adalah Mohd Nasir Syafiq bin Hashim, Muhd Nur Arib bin Johari, Mohd Firdaus bin Mohammad dan Mohamad Arif bin Mustanir

ACARA UNTUK IBU BAPA



Kami warga SKL juga turut tidak melupakan acara untuk ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Walaupun hujan telah turun pada petang itu, namun mereka ini tetap bersemangat untuk menyertai acara yang telah disediakan.

SUASANA SEMASA KEJOHANAN BERLANGSUNG





Terima kasih kepada semua yang hadir untuk memberi sokongan. Kehadiran mereka ini telah memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Tahunan Ke-45 ini.





Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-45 ini.

Tiada ulasan: