PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Rabu, 18 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH:16 MEI 2011
TEMPAT:SK LEKIR

Tanggal 16 Mei setiap tahun negara akan meraikan Hari Guru sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-40 pada tahun ini. SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok tandingnya.

Senamrobik Bersama Murid-murid
Acara Membawa Telur Dalam Sudu
Acara Meniup Belon Sehingga Pecah
Acara Di Dalam Dewan
Khidmat Bakti Mu Sentiasa Di Kenang........
En. Khairil Amin yang telah bertukar ke SMJK Dinding

Pn. Salwa binti Yaakob bertukar ke SK Seri Selamat

Ahad, 15 Mei 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Selamat Menyambut Hari Guru Ke-40
kepada seluruh warga guru SK Lekir

Rabu, 11 Mei 2011

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH MANJUNG

TARIKH:6 & 7 MEI 2011
TEMPAT:SMK BATU 10

SK Lekir telah menyertai acara pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah dalam Karnival Sains dan Teknologi Daerah Manjung. Murid darjah 5 telah dipilih oleh Ketua Panitia Sains, Pn. Roziah binti Yaakob untuk menyertai acara tersebut. Mereka ialah adik Muhamad Hadi bin Kamar dan adik Nur Aina Izzati binti Ali. Pertandingan amali sains tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 7 Mei 2011. Sebanyak 22 buah sekolah telah menyertai acara tersebut. Selain itu, ada berbagai-bagai pertandingan yang lain semasa karnival tersebut berlangsung antaranya ialah Eureka, Bercerita Sains Tahap 1, Kereta Solar, Roket, Dapur Solar dan Inovasi Sains.


Jumaat, 6 Mei 2011

PKSR 1

JADUAL WAKTU PKSR 1 2011

TARIKH

MASA

MATA PELAJARAN

9 MEI 2011

ISNIN

7.50-8.50

PENDIDIKAN ISLAM/MORAL

9.00-10.00

PELAJARAN JAWI

10.45-11.45 (TAHAP 1)

11.15-12.15 (TAHAP 2)

BAHASA ARAB

10 MEI 2011

SELASA

7.50-8.40

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

8.55-10.10 (TAHAP 1)

9.10-10.25 (TAHAP 2)

BAHASA MELAYU PENULISAN

10.45-11.25 (TAHUN 3)

11.15-12.15 (TAHAP 2)

MATEMATIK KERTAS 2

12 MEI 2011

KHAMIS

7.45-9.00

SAINS

9.10-10.10 (TAHUN 1)

9.20-10.10 (TAHUN 2-6)

BAHASA INGGERIS KERTAS 1

10.45-12.00 (THN 2,3)

11.15-12.30 (TAHAP 2)

BAHASA INGGERIS KERTAS 2

13 MEI 2011

JUMAAT

7.50-9.05 (THN 1,2)

7.50-8.50 (THN 3,4,5,6)

MATEMATIK KERTAS 1

9.15-10.15

KAJIAN TEMPATAN (THN 4-6))

11.00-12.00

PENDIDIKAN SIVIK

Makluman:

1. 11 Mei 2011 (Rabu) – Peperiksaan tidak dijalankan kerana hari tersebut Hari Raptai Kejohanan Olahraga MSSM di Ipoh.

16 Mei 2011 (Isnin) – Hari Guru dan 17 Mei 2011 (Selasa) – Cuti Hari Wesak

Selasa, 3 Mei 2011

MAJLIS TADARUS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH:29.04.2011 - 30.04.2011
TEMPAT:SK DR BURHANUDDIN AL-HELMI, TAIPING

Majlis Tadarus Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak telah berlangsung selama 2 hari di SK Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Taiping. Seramai 3 orang murid SK Lekir telah menjadi wakil bagi Daerah Manjung untuk pertandingan tersebut. Mereka adalah adik Muhammad Syazwan Hadi bin Murad (Bercerita Kisah dari Al-Quran Lelaki), adik Muhammad Luqman Faiz bin Abdl Hamid (Hafazan) dan adik Khairun Sabirah binti Kamalul Bahari (Bercerita Kisah dari Al-Quran Perempuan).

Dalam pertandingan tersebut, Daerah Manjung telah menjadi Johan Tilawah Lelaki(Menengah), Tempat Kedua Hafazan Perempuan dan Tempat Bercerita Kisah dari Al-Quran Lelaki(SK Lekir). TAHNIAH kepada adik Muhammad Syazwan Hadi bin Murad kerana telah mendapat Tempat Ketiga. Teruskan lagi usaha pada masa akan datang.

Sabtu, 30 April 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
1 MEI 2011

Semoga kita semua dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi, tekun dan amanah.