PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 28 Jun 2011

KEMPEN KESIHATAN SEMPENA HARI TANPA TEMBAKAU

Satu kempen kesihatan sempena Hari Tanpa Tembakau 2011 telah diadakan di SK Lekir pada 28 Jun 2011.Kempen ini adalah anjuran Klinik Kesihatan Lekir Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen ini disasarkan kepada murid Tahap 2 Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memastikan semua remaja mengetahui keburukan dan memberi kesedaran bahayanya merokok di kalangan remaja. Ceramah bahaya merokok telah disampaikan oleh Dr. Haslinda bt Ismail dari Klinik Kesihatan Sitiawan. Sesi saringan remaja dan kaunseling kepada murid-murid yang merokok telah diadakan di Makmal Komputer yang dijalankan oleh En. Ahmad Zainal Napiah (Pembantu Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lekir) dan dibantu oleh Pn. Kamariah kamil dan Pn. Ramnah Hashim.


Sesi Kaunseling

Sabtu, 25 Jun 2011

MOTIVASI TAHUN 6

TARIKH:25 JUN 2011 - 26 JUN 2011
TEMPAT:SMK BATU 10

Program Motivasi untuk Tahun 6 telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula pada 25 Jun hingga 26 Jun 2011. Program tersebut telah diadakan di SMK Batu 10 yang telah disertai seramai 64 orang murid Tahun 6.

SLOT 1: BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Disampaikan oleh Pn. Suriani (SK Seri Bayu)

Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cik Haryani binti Hanafi memberi sedikit taklimat kepada para peserta

Sesi Pendaftaran

Jumaat, 24 Jun 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011

TARIKH:23 JUN 2011
MASA:2.30 PETANG
TEMPAT:PADANG SK LEKIR

Pada 23 jun 2011 hari Khamis Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Ke 46 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan tersebut telah bermula pada pukul 2.30 petang. Majlis bermula dengan Perbarisan Lintas Hormat oleh kontijen rumah-rumah sukan. En. Rashidi bin Ibrahim AMP, AMN Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak telah merasmikan Kejohanan Olahraga tersebut. Sebanyak 30 acara yang telah dipertandingkan pada petang itu. Para ibu bapa telah hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang terlibat dengan acara pada hari itu.


JOHAN KESELURUHAN RUMAH BIRU

PERBARISAN TERBAIK RUMAH HIJAU

JOHAN TARIK TALI RUMAH HIJAU

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI
MUHAMAD FAKRIL RUZAIMI BIN RAHIMI (BIRU)
NUR SYAMIMI NADIRA BINTI KHAIRUL AZLI (KUNING)

SOROTAN HARI KEJOHANAN

Perbarisan lintas hormat oleh kontijen rumah-rumah sukan
Ucapan Perasmian oleh En. Rashidi bin Ibrahim AMP, AMN Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak
Sepatah dua kata dari Naib Yang Dipertua PIBG

Wajah pembawa bendera dan papan tanda

Acara pun bermula.....

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Wajah-wajah JUARA

Acara akhir tarik tali

Acara untuk ibubapa, guru dan pegawai sukan

Senyuman pemenang.....

Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Ke-46 Sekolah Kebangsaan Lekir Tahun 2011.

TERIMA KASIH..........