PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 19 September 2014

SEJARAH ASEAN

logo-asean

PENGENALAN
ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
 ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.


 NEGARA-NEGARA PENGASAS ASEAN
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.


 NEGARA ANGGOTA ASEAN DAN TARIKH KEMASUKAN
Malaysia                        8 Ogos 1967 
Indonesia                       8 Ogos 1967 
Filipina                           8 Ogos 1967 
Singapura                      8 Ogos 1967 
Thailand                         8 Ogos 1967 
Brunei Darussalam       7 Januari 1984 
Vietnam                         28 Julai 1995 
Laos                                23 Julai 1997 
Myanmar                       23 Julai 1997 
Kemboja                         30 April 1999


SEJARAH
 ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara  ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.  Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).
 Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
 Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto.  Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN.  Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.


MATLAMAT PENUBUHAN ASEAN
  • Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
  • Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
  • Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
  • Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
  • Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara. 

Tiada ulasan: