PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SEKAPUR SIRIH



 Sekapur Sirih Seulas Pinang

Sekolah ini telah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang 102 tahun sejak tahun 1910, namun dengan kerjasama semua pihak dan sokongan ibu bapa, generasi hari ini dapat menikmati hasilnya.
Usaha mewujudkan laman web rasmi sekolah merupakan satu lagi lembaran baru dalam kegigihan menjana pendidikan generasi kini menurut peredaran masa. Ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid dan memantapkan lagi sistem pentadbiran sekolah disamping mempercepatkan penyebaran maklumat.
Segala hasil ini adalah nikmat daripada usaha gigih warga sekolah serta kerjasama ibubapa dan orang ramai yang telah memberikan sokongan padu terhadap kemajuan dan kecemerlangan sekolah ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
Abad ke-21 memperlihatkan ledakan teknologi canggih sehingga mewujudkan saingan sengit dalam pelbagai bidang, pengkomputeran, minda dan akademik, Hari ini adalah untuk membantu murid-murid kita agar berpeluang menikmati kemajuan pengetahuan maklumat untuk kebaikan di masa depan, di samping itu ianya juga bertujuan meningkatkan dan memanfaatkan penggunaan komputer dan internet oleh guru-guru. Dengan adanya laman web ini, diharap ia mampu membantu kita membina generasi yang serba mahir (k-knowledge). Selain itu ianya juga merupakan sumber ilmu yang mudah diperoleh tanpa mengira tempat dan masa.
Saya percaya laman web rasmi sekolah ini akan menjadi satu petunjuk kepada murid-murid untuk menimba ilmu dalam konteks perkembangan pendidikan. Diharap juga ianya dapat memudahkan interaksi antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Akhir kata saya berharap laman rasmi ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Saya yakin setiap usaha yang dicurahkan dapat memperlihatkan sekolah ini mengorak langkah ke hadapan seiiring dengan perkembangan semasa dan sejajar dengan aspirasi membentuk generasi serba mahir.

Sekian, terima kasih.

Hasamuddin bin Hussain
GURU BESAR
SK LEKIR

Tiada ulasan: