Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan
“Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi
merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan
jalan raya,” katanya
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk
memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti
berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 Sept manakala cuti
berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 Sept
“Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan
mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti
tersebut,” kata kenyataan itu – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan