Seramai lima puluh satu orang
murid dari Tahun 4,5 dan 6 telah
menyertai Klinik Bola Sepak anjuran Kelab permainan Bola Sepak SK Lekir pada hari
ini 4 Februari yang telah bermula pada pukul 8.00 pagi. Klinik ini diadakan selama 2 hari bermula pada hari ini dan berakhir pada hari esok 5 Februari 2012.
Klinik ini di kendalikan oleh Ketua Jurulatih Bola Sepak TLDM ,En Rafaie b
Md Isa dan dibantu oleh En Badrulhisham bin Safian.
Tujuan klinik ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang teknik bermain bola sepak.
Selain itu melalui klinik ini pihak sekolah berharap dapat mengenalpasti pemain
bola sepak yang berbakat. Pihak sekolah memberi kepercayaan kepada En Rafai dan
En Badrulhisham memilih 18 orang pemain
untuk membentuk pasukan bola sepak sekolah yang akan bertanding dalam Karnival
Bola Sepak bawah 12 tahun Daerah Manjung yang akan diadakan pada akhir bulan
Mac 2012 ini.
Peserta klinik bola sepak ini
didedahkan dengan pelbagai teknik asas permainan bola sepak. Kelas teori dan
tektikal bola sepak juga diadakan selama sejam.
En Hasamuddin Hussain, Guru
Besar, turut bersama-sama jurulatih,dan guru kelab permainan bola sepak En
Ahmad Basri, En Mohd Rashid, dan En Mohd Zahari sepanjang klinik ini diadakan.
Diharapkan pasukan bola sepak SK
Lekir akan mencipta kejayaan dalam Karnival Bola Sepak yang akan disertai
nanti.
Pihak sekolah mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada En Rafai Md Isa dan En Badrulhisham b
Safian.
|
Murid sedang mendengar penerangan sebelum bermula aktiviti. |
|
En Rafai Md Isa dan En Badrulhisham b
Safian. |