Cabaran UPSR telah pun bermula semalam 13 September 2011. Murid-murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR selama 3 hari bermula semalam dan akan berakhir pada hari Khamis 15 September 2011. Semalam mereka telah pun selesai menjawab kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2. Manakala hari ini pula hanya 1 kertas sahaja yang perlu di jawab iaitu Matematik Kertas 1. Semoga semua murid Tahun 6 SK Lekir dapat menjawab dengan tenang dan kami semua sentiasa mendoakan kejayaan kalian. USAHA TANGGA KEJAYAAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan