Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Akujanji Murid Tahun 6 telah diadakan pada hari Ahad 16 Januari 2011. Program ini adalah untuk membina satu permuafakatan dan keiltizaman yang lebih mantap dan saling membantu di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat ke arah mencapai kemajuan yang lebih gemilang. Program ini juga adalah untuk memberi motivasi dan semangat kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En. Gulam Muzammil bin PK Mohamed, Penolong Pengarah (Sekolah Rendah) Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan