PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 31 Januari 2011

KLINIK BOLA SEPAK

Seramai 70 orang murid telah menyertai Klinik Bola yang berlangsung di padang SK Lekir. Mereka terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Klinik yang bermula pada pukul 8.00 hingga 11.00 pagi ini dilangsungkan selama dua hari berturut-turut pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 29 dan 30 Januari 2011.
Klinik ini dikendalikan oleh En. Rafae bin Isa, Ketua Jurulatih Bola Sepak TLDM merangkap Jurulatih Pasukan SM Navy sebuah pasukan yang sedang menyertai Liga Perdana Malaysia.
Pelbagai teknik asas permainan bola sepak didedahkan kepada murid-murid. Selain itu kelas teori juga diadakan selama satu jam. Dalam masa yang sama En. Rafae telah mengenal pasti seramai 25 orang murid yang berbakat dalam permainan bola sepak. Mereka dipilih untuk menjalani Latihan Fasa 2.
Pemain ini akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Sepak MSSPK Daerah Manjung pada awal bulan Mac nanti.








Jumaat, 28 Januari 2011

KELAS TAMBAHAN MALAM

KELAS TAMBAHAN WAKTU MALAM
ANJURAN IBU BAPA TAHUN ENAM SK LEKIR

AKAN BERMULA PADA 31.01.2011


Kepada murid-murid yang telah mendaftar untuk mengikuti kelas malam ini di minta hadir mengikut jadual di bawah.

HARI

KELAS

8.00-9.00

9.00-10.00

ISNIN

KELAS 1

B. MELAYU

MATEMATIK

KELAS 2

MATEMATIK

B. MELAYU





RABU

KELAS 1

SAINS

B. INGGERIS

KELAS 2

B. INGGERIS

SAINS

Sabtu, 22 Januari 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Satu Kursus Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada hari ini di SK Lekir. Semua pengawas telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cik Haryani binti Hanafi selaku guru bimbingan dan kaunseling SK Lekir dan dibantu oleh guru-guru pengawas. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengawas dengan berkesan dan bertanggungjawab. Kursus ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Mereka ini telah mendengar ceramah selama 1 jam dan diikuti dengan 2 Latihan Dalam Kumpulan(LDK).