- Jika demam, makan ubat demam (paracetamol) mengikut dos yang dsyorkan.
- Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
- Berehat secukupnya.
- Banyakkan pengambilan air (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
- Amalkan cara hidup yang sihat khususnya makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah termasuk bilik, dapur dan tandas (contohnya membuka tingkap)
- Sekiranya mengalami tanda-tanda amaran kecemasan seperti berikut, SEGERA dapatkan rawatan doktor.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan.
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan luar biasa (tidak normal) keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau
sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan