PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 22 Oktober 2012

TAKLIMAT PENYAKIT BERJANGKIT...

Pejabat Kesihatan Manjung telah mengadakan taklimat penyakit berjangkit pada pagi tadi sewaktu semua warga SK Lekir sedang mengadakan perhimpunan mingguan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Norazila bt Zainal yang merupakan Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Manjung. Beliau telah menyampaikan taklimatnya selama 15 minit. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada setiap warga sekolah agar mengamalkan cara-cara pencegahan penularan penyakit berjangkit

PROGRAM MEMBINA KARAKTER REMAJA ISLAM

TARIKH:20 OKTOBER 2012
HARI:SABTU
TEMPAT:DEWAN SK LEKIR

Program Membina Karakter Islam ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Lekir. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan di kalangan para pelajar berpotensi menerusi pendedahan dan latihan eksklusif berhubung kemahiran-kemahiran global seperti kepimpinan, komunikasi, hubungan antarabangsa dan diplomatik. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk memperbaiki akhlak remaha agar berteraskan akidah Islam dengan mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta untuk membentuk remaja agar berkeperibadian yang soleh dan solehah agar membentuk diri ke arah positif tentang perubahan diri supaya dapat membimbing manusia ke arag kebaikan kelak.

Oleh itu, bagi merealisasikan dan melaksanakan program, Unit B&K SK Lekir telah menjemput En. Muhammad Ramadhan bin Subky (Finalis Imam Muda Musim Ketiga) untuk menyampaikan ceramahnya. Seramai 62 orang murid Tahun 6 SK Lekir dan 31 orang murid Tahun 6 SK Kayan telah terlibat dengan program ini. Program ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. 

Diharap usaha-usaha ke arah pembentukan modal insan yang berakhlak dan pembentukan persekitaran iklim yang baik di sekolah dapat memberi kesan yang besar terhadap pertimbuhan dan penghayatan nilai akhlak yang mulia di kalangan pelajar seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam akhlak dan akademik.

 En. Hasamuddin bin Hussain (Guru Besar SKL) bersama dengan En. Muhammad Ramadhan bin Subky

 
 
 

Khamis, 18 Oktober 2012

TAHUN 6 SELEPAS UPSR...

MASTERCHEF SKL

Nasi Goreng
 
 
 
 







Rabu, 10 Oktober 2012

1 LAGI KEMALANGAN DI HADAPAN SK LEKIR...

 
Satu kejadian kemalangan telah berlaku lagi pada pagi tadi lebih kurang pada pukul 7.04 minit pagi di hadapan SK Lekir. Pada hari persekolahan, keadaan lalulintas di hadapan sekolah ini memanglah sibuk dengan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke SK Lekir, kenderaan guru-guru yang mahu masuk ke kawasan sekolah kerana jalan ini adalah jalan utama untuk ke SK Lekir. Kejadian ini adalah di antara sebuah kereta Mercedes dengan sebuah motosikal. Penunggang motosikal itu adalah seorang anggota tentera laut dan telah cedera.
 

Khamis, 4 Oktober 2012

LAWATAN MURID TAHUN 6 KE TAMAN HERBA


Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.

Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba. 

Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.

Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

 
 
 

LAWATAN MURID TAHUN 6 KE KILANG ROTI

TARIKH : 3 OKTOBER 2012
MASA : 10.45-12.00

LATAR BELAKANG

Roti Segar telah mula beroperasi pada tahun 1981 berdasarkan konsep perniagaan keluarga dan telah didaftarkan di atas perniagaan tunggal. Setelah 13 tahun beroperasi, Roti Segar telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Roti Segar (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1994. Perniagaan utama Roti Segar ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek, pastri dan piza.

Roti Segar(M) Sdn. Bhd. pada masa itu telah diasaskan oleh Allahyarham Mew Hamzah Bin Mew Ramli sebagai Pengarah Urusan. Beliau adalah orang penting yang telah memartabatkan Roti Segar selama lebih 20 tahun dalam bidang roti, kek dan pastri. Pada ketika ini, Pn. Badariah Binti Abu Samah bertindak sebagai Pengarah Urusan yang baru serta dibantu oleh barisan pengurus berwibawa, barisan tukang masak yang berpengalaman, penyelia-penyelia dan lebih dari 90 orang operator pengeluar terdiri daripada lelaki dan wanita.

Roti Segar (M) Sdn. Bhd. telah mengorak langkah pengkomersilan dengan mendaftar jenama ROSEGAR. Ini membuatkan ianya mempunyai identiti yang tersendiri. Sebagai pengeluar produk berasaskan tepung, Roti Segar telah mendapatkan bekalan bahan mentah utama (tepung) dari pembekal-pembekal seperti Malayan Flour Mill, Federal Flour Mill dan Kuantan Flour Mill. Syarikat-syarikat ini telah terbukti menghasilkan tepung yang berkualiti dan bersesuaian dengan produk Roti Segar. Hasil daripada kawalan kualiti yang tinggi serta usaha pengurusan pasaran yang konprehensif, Roti Segar telah mempunyai lebih dari 385 rangkaian agen penjual yang terdiri daripada kedai runcit dan pasar mini di sebahagian besar negeri Perak seperti di Lumut, Parit Belanja, Ipoh, Kg. Gajah, Seberang Perak dan Pantai Remis.

Selain itu juga, Roti Segar telah berjaya membuka beberapa outlet di bawah pengurusan syarikat yang bertempat di Tapah, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan juga Kelana Jaya. Disamping itu juga, Roti Segar telah mengatur langkah untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menghantar sampel produk terdiri daripada pelbagai jenis biskut ke London, Dubai, Brunei dan Singapura melalui Syarikat Perak Trading House sebagai wakil pengedar dan agensi kerajaan seperti FAMA, MIDA dan dengan inisiatif sendiri.

Sehingga kini, setiap pelanggan Roti Segar tidak akan mengalami masalah kelewatan menerima pesanan kerana syarikat Roti Segar akan membuat penghantaran secara terus dari kilang dengan menggunakan kemudahan 10 buah van dan lori milik syarikat. Ianya bersesuaian dengan polisi pengeluaran syarikat iaitu 'Just In Time' di mana setiap produk dapat dipasarkan mengikut jumlah yang diperlukan pada masa yang dijadualkan serta berkualiti dan menepati permintaan.

Pada keseluruhannya, Roti Segar merupakan syarikat bumiputera yang mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat pengeluar produk seumpamanya yang telah lama bertapak dan terkenal. Ini terbukti kerana Roti Segar (M) Sdn. Bhd. berada di bawah pengurusan yang berpengalaman daripada pengasasnya, Allahyarham Mew Hamzah Bin Mew Ramli dan diteruskan oleh pengurusan baru yang telah berjaya bertahan secara tektikal walaupun di dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Ini menunjukkan produk Roti Segar merupakan salah satu produk yang telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dengan kesempatan ini, syarikat Roti Segar (M) Sdn. Bhd. akan cuba meningkatkan lagi kualiti dan menghasilkan produk baru yang inovatif disamping memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

Pada keseluruhannya, Roti Segar telah menguasai kebanyakan pasaran yang melibatkan makanan seperti roti, kek, pastri dan juga piza. Ini terbukti kerana Roti Segar telah berjaya menguasai lebih dari satu per tiga pasaran di seluruh kawasan utara dan juga di kawasan tengah semenanjung dan limpahannya di kawasan timur , selatan dan barat semenanjung Malaysia.

Selain itu juga, rangkaian jualan Roti Segar meliputi jualan terus dari kilang, pesanan dari kantin-kantin sekolah, kilang dan jabatan kerajaan. Di samping itu Roti Segar turut membekal produk kepada premis- premis di Plaza Rawat & Rehat di Lebuh Raya Utara Selatan, tak lupa juga pesanan dari pelanggan dan peniaga - peniaga yang menjalankan jenis perniagaan yang sama.

 


KEMALANGAN LAGI...

Lebih kurang pada pukul 6.35 pagi tadi, telah berlaku satu lagi kemalangan di hadapan  SK Lekir. Kemalangan ini melibatkan 2 buah kereta dan salah satunya (kereta Proton Wira) adalah kenderaan yang dinaiki oleh  2 orang murid SK Lekir iaitu Daniel Hamizan bin Azhar (murid PPKI) dan adiknya Mohd Helmi bin Azhar (2 Cerdas). Menurut sumber kejadian berlaku ketika ibu mereka mahu menghantar mereka ke sekolah pagi tadi. Sudah terlalu kerap berlaku kejadian kemalangan di hadapan sekolah ini.



LAWATAN MURID TAHUN 6 KE KILANG JAMBU TERBESAR DI DUNIA

TARIKH: 3 OKTOBER 2012
MASA: 8.00 PG-10.30 PG


Pelbagai maklumat yang berfaedah dapat diperoleh. Rupa-rupanya ladang ini adalah yang terbesar di dunia yang telah mengeluarkan 5000 tan jus pekat (puree) setahun. 90% hasil keluarannya adalah dieksport ke Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya. Manakala untuk produk tempatan tertumpu untuk dibuat jus dan minuman kesihatan. Ladang ini telah dirasmikan oleh Abdullah Ahmad  Badawi pada tahun 2006. Setakat ini mereka sedang membuat kajian untuk menghasilkan produk krim, skrub, sabun, jem dan sebagainya.


Jus ini juga mempunyai pelbagai khasiat seperti tinggi serat, kalsium, anti oksida (mencegah kanser dan anti penuaan), penawar demam denggi, elok untuk diabetes, kulit dan sebagainya. Pink guava ini lebih berkhasiat berbanding jambu putih yang biasa kita makan.

Pegawai-pegawai di sini amat mengalu-alukan kedatangan pelawat disamping menjual produk mereka.

Kedatangan kami di sini diberi layanan yang amat baik sekali.