PERAK
PEMBUDAYAAN DKICT
5A DAN 4A UPSR 2015
Isnin, 30 Julai 2012
Kehadiran bulan Ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia
merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala
kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan
yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran
bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh
kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya
bulan yang penuh berkat ini.
Jumaat, 20 Julai 2012
PELANCARAN IHYA' RAMADHAN
TARIKH : 20 JULAI 2012
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK LEKIR
En. Mohamad Zahari bin Hamza menyampaikan sedikit ceramahnya tentang puasa kepada warga SK Lekir.
Penyampaian senaskhah Al-Quran sebagai simbolik bermulanya majlis tadarus sempena bulan Ramadhan kepada wakil murid Tahun 5 iaitu adik Atif Faizi bin Noor Izzuddin. Murid-murid Tahun 5 akan menyempurnakan bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga khatam.
Penyampaian manisan buah kurma kepada semua murid sebagai tanda bermulanya bulan Ramadhan pada hari esok 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan
Guru-guru dan murid-murid bersama-sama membacakan Asmaul-Husna
Selasa, 17 Julai 2012
PELANCARAN KEMPEN JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 17 JULAI 2012
TEMPAT : SK LEKIR
Perayaan Bulan Kemerdekaan mula disambut dan dilaksanakan 17 Julai 2012 sehingga 16 September 2012. Perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Kempen Pengibaran Jalur Gemilang telah dilancarkan pada hari ini di semua sekolah seluruh Malaysia dengan harapan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.
UCAPAN PELANCARAN OLEH GURU BESAR SK LEKIR
ADIK NUR FATIHAH KAMILAH BT ISMAIL MEMBACAKAN KISAH SEJARAH KEMERDEKAAN
BACAAN SAJAK OLEH ADIK NUR IRDINA BT RIZAL
SIMBOLIK PENYERAHAN BENDERA
NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK SAMBIL MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
Selasa, 10 Julai 2012
Jumaat, 6 Julai 2012
HARI INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA
TARIKH : 06 JULAI 2012
MASA : 9.40 - 12.00
SK Lekir telah mengadakan Hari Interaksi bersama ibu bapa bagi membincangkan permasalahan anak-anak mereka dalam pelajaran. Dengan ini mereka dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah dan seterusnya boleh berbincang dengan guru-guru langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan pencapaian anak mereka dalam pelajaran.
Rabu, 4 Julai 2012
CAMBRIDGE ENGLISH PLACEMENT TEST
Cambridge English Placement Test telah bermula mulai pada hari ini 4 Julai 2012. Ujian ini khusus untuk guru-guru Bahasa Inggeris. Ujian ini berlangsung selama 3 hari bermula 4 Julai 2012 hingga 6 Julai 2012. Guru-guru yang terlibat dengan ujian ini dikehendaki menjawab soalan secara online selama 30 minit.
JADUAL PERCUBAAN UPSR
JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
UPSR 2012
11 JULAI 2012 (RABU)
|
||
WAKTU
|
MATA PELAJARAN
|
MASA
|
8.10 pg –
9.00 pg
|
B.
MELAYU PEMAHAMAN
|
50 minit
|
9.40 pg –
10.55 pg
|
B.
MELAYU PENULISAN
|
1 jam 15
minit
|
11.40 pg
– 12.20 tgh
|
MATEMATIK
K2
|
40 minit
|
12 JULAI 2012 (KHAMIS)
|
||
WAKTU
|
MATA PELAJARAN
|
MASA
|
8.10 pg –
9.25 pg
|
SAINS
|
1 jam 15
minit
|
10.10 pg
– 11.00 pg
|
B.
INGGERIS K1
|
50 minit
|
11.25 pg
– 12.40 pg
|
B.
INGGERIS K2
|
1 jam 15
minit
|
13 JULAI 2012 (JUMAAT)
|
||
WAKTU
|
MATA PELAJARAN
|
MASA
|
8.10 pg –
9.10 pg
|
MATEMATIK
K1
|
1 jam
|
Isnin, 2 Julai 2012
TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN SAINTIS MUDA
KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI
TARIKH : 30 JUN 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : SMK SERI SAMUDERA
Dalam Karnival Sains dan Teknologi di SMK Seri Samudera, SK Lekir telah menghantar murid untuk menyertai 2 acara pertandingan iaitu kategori Saintis Muda dan Eureka. SK Lekir telah menggapai kemenangan TEMPAT KEDUA dalam pertandinganSaintis Muda yang diwakili oleh adik Nur Aina Izzati binti Ali dan adik Nur Fatihah Kamilah binti Ismail. Tahniah kepada mereka. Kepada pasukan Eureka pula jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun depan.
Nur Aina Izzati bt Ali dan Nur Fatihah Kamilah bt Ismail
TEMPAT KEDUA
KATEGORI SAINTIS MUDA
Langgan:
Catatan (Atom)