PERAK

PERAK

PEMBUDAYAAN DKICT

PEMBUDAYAAN DKICT

5A DAN 4A UPSR 2015

5A  DAN 4A UPSR 2015
solat udah? Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 22 Julai 2010

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

TARIKH : 21 JULAI 2010
MASA : 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK LEKIR

Sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 21 Julai 2010 sempena Minggu Solat. Program ini disasarkan kepada semua murid Tahun3, 4, 5 dan 6 serta murid-murid PPKI seramai 281 orang. Program ini bertujuan untuk membimbing murid-murid mengingati tarikh-tarikh penting dalam Islam, untuk melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia dan untuk melatih dan membimbing murid-murid mengerjakan ibadah solat walau di mana jua mereka berada. Pada sambutan tersebut ceramah Isra' Mikraj telah disampaikan oleh seorang penceramah yang berkaliber iaitu Ustazah Nor Asikin bin Ramli. Selesai ceramah tersebut, murid-murid telah ditayangkan satu video mengenai Alam Barzakh dan kemudian apabila masuk waktu Asar, murid-murid bersembahyang berjemaah bersama guru-guru. Adalah diharapkan agar sambutan Isra' Mikraj ini dapat membimbing, mendidik dan memberi kesedaran kepada murid-murid agar dapat menghayati peristiwa Isra' Mikraj di samping mengamalkan solat dalam kehidupan seharian.


CERAMAH OLEH USTAZAH NOR ASIKIN BINTI RAMLI



AKSI MURID-MURID SEMASA MELIHAT VIDEO ALAM BARZAKH




SOLAT BERJEMAAH

Selasa, 20 Julai 2010

SOLAT

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Syarat wajib solat:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat:

  1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
  2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
  3. Menutup aurat.
  4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
  5. Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat:

  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[1]
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Niat.
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
  4. Membaca surah Al-fatihah.
  5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  12. Membaca salam.
  13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

Perkara-perkara sunat semasa solat

  1. Sunat Hai'ah
  2. Sunat Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa solat

  • Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  • Memandang ke atas (mendongak).
  • Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  • Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  • Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  • Bercekak pinggang.
  • Menyinsingkan kain atau baju.
  • Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  • Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  • Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat


Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat

  • Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  • Membaca Al-Quran
  • Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.


MINGGU SOLAT


TARIKH : 19 JULAI - 23 JULAI 2010

Majlis Pelancaran Minggu Solat peringkat sekolah telah dilancarkan oleh En. Zulkfly bin Meor Lop. Beliau telah melancarkannya semasa perhimpunan pagi pada hari semalam. Banyak kata-kata nasihat yang telah disampaikan oleh beliau kepada murid-murid SK Lekir untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

Perintah solat lima waktu peristiwa besar Israk, Mikraj

IMBAUAN peristiwa Israk dan Mikraj menjelma setiap kali tiba tarikh 27 Rejab. Rentetan peristiwa itu wajar dihayati kerana ia bukan sekadar mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW tetapi adalah pengalaman bermakna dalam kehidupan peribadi Baginda sendiri.

Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar yang mengandungi hikmah agung menunjukkan kekuatan Allah mencipta alam ini. Al-Quran mengabadikan peristiwa itu dalam surah al-Isra’ dan an-Najm. Ia membuktikan impak sebenar peristiwa itu yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan tidak mengehadkan risalah (al-Quran) yang dibawa Baginda diturunkan kepada bangsa Arab semata-mata.

Pemilihan Baginda SAW bagi mengesakan Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu penghormatan besar yang diberikan Allah kepada seorang Nabi yang juga Rasul terakhir.

Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa itu mencabar pemikiran manusia secara keseluruhannya. Hanya manusia yang beriman dan meyakini kekuasaan Allah saja yang dapat menerima kejadian itu sebagai kebenaran dan lambang kekuasaan Allah.

Namun tidak kurang pula yang menolaknya mentah-mentah kerana apa yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj tidak masuk dengan logik akal manusia secara lazim.

Peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dianggap peristiwa penting kepada seluruh umat Islam. Ada sedikit khilaf dalam menentukan tarikh sebenar, tempat, bulan dan malam berlakunya peristiwa itu, tetapi ia tidak mematahkan keyakinan mukmin untuk menerima kebenaran peristiwa berkenaan.

Ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir. Ini jelas dinyatakan dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Daripada riwayat sahih, diceritakan mengenai beberapa kejadian yang berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum Baginda SAW dibawa berjalan dalam Israk dan Mikraj. Diceritakan Baginda SAW dibawa malaikat Jibril dari rumahnya ke Baitul Muqaddis. Bersama Jibril, ada bekas (bejana) yang mengandungi hikmat dan iman, lalu dimasukkan ke dalam tubuh Rasulullah SAW apabila selesai proses membelah dada dan penyucian hati dengan air zama-zam.

Kemudian, Allah membawa satu makhluk lain yang panjang dan berwarna putih serta boleh melangkah sejauh mata memandang yang dinamakan buraq. Lalu Rasulullah SAW ditemani Jibril berangkat (Israk) ke Baitul Muqaddis menaiki Buraq.

Dari Baitul Muqaddis, Baginda SAW kemudian Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik kepada Rasulullah SAW sepanjang perjalanan sebagai gambaran balasan kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan dan kemungkaran sepanjang kehidupan di dunia.

Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”

Rasulullah SAW dan Jibril kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.

Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.

Banyak lagi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajnya ke langit. Semoga kita dapat bermuhasabah diri, merenung, menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada peristiwa itu pada bulan Rejab yang mulia ini.


Rabu, 14 Julai 2010

KEJOHANAN KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS
DAERAH MANJUNG 2010

TARIKH : 14 JULAI 2010
HARI : RABU
TEMPAT : SK GUGUSAN LEKIR

Murid-murid dari kelas PPKI telah menyertai acara bola jaring dan futsal sekolah rendah pada karnival tersebut. Alhamdullillah, pasukan bola jaring telah menjadi johan dan pasukan futsal pula telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama satu hari di SK Gugusan Lekir. TAHNIAH.............






Selasa, 13 Julai 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Kami warga SK Lekir mendoakan kejayaan murid-murid Tahun 6 semoga mendapat keputusan yang cemerlang.


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
PERCUBAAN UPSR 2010

SELASA – 13 JULAI 2010

MASA

MATA PELAJARAN

8.10 pagi – 8.10 pagi

011 – Bahasa Melayu Pemahaman

9.40 pagi – 9.40 pagi

012 – Bahasa Melayu Penulisan

11.40 pagi – 12.20 t/hari

015/2 – Matematik Kertas 2



RABU – 14 JULAI 2010

MASA

MATA PELAJARAN

8.10 pagi – 9.10 pagi

015/1 – Matematik Kertas 1



KHAMIS – 15 JULAI 2010

MASA

MATA PELAJARAN

8.10 pagi – 9.25 pagi

018 – Sains

10.10 pagi – 11.00 pagi

014/1 – Bahasa Inggeris Kertas 1

11.40 pagi – 12.20 t/hari

014/2 – Bahasa Inggeris Kertas 2



JUMAAT – 16 JULAI 2010

MASA

MATA PELAJARAN

8.00 pagi – 9.00 pagi

Peperiksaan Percubaan Sijil Pendidikan Islam

Pendidikan Islam

9.15 pagi – 10.15 pagi

Peperiksaan Percubaan Sijil Pendidikan Islam

Jawi

Isnin, 12 Julai 2010

UJIAN LENCANA PENGEMBARA

TARIKH:9 - 10 JULAI 2010
TEMPAT:SK DATO' ISHAK, LUMUT


Seramai 10 orang ahli Pengakap SK Lekir Tahun 4 telah menyertai Ujian Lencana Kepandaian Pengembara yang telah diadakan di SK Dato' Ishak. Ujian tersebut adalah salah satu ujian daripada 7 Ujian Lencana Kepandaian. Setiap ahli pengakap mesti lulus ketujuh-tujuh Ujian Lencana tersebut di samping lulus Ujian Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas bagi membolehkan mereka di anugerahkan Rambu. Ujian Lencana Pengembara ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Setiap ahli telah menjalani ujian dengan membuat khemah sendiri, memasak dan membuat air, serta telah berjalan kaki mengembara sejauh 15 km. Mereka dikehendaki menyiapkan buku log dan tulis cerita semasa berjalan kaki. Alhamdullillah, 10 orang Pengakap SK Lekir ini telah lulus dalam ujian ini. TAHNIAH.........Dan tidak lupa juga kepada ibu bapa dan guru Pengakap yang telah sama-sama membantu mereka.Terima kasih diucapkan.

BUAT SEHABIS BAIK

SEDANG MENDIRIKAN KHEMAH....DALAM UJIAN INI, KHEMAH PASANG SIAP TIDAK DIBENARKAN..........





AHLI PENGAKAP SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN


SEDANG MENJALANI UJIAN MEMASAK AIR





AIR YANG TELAH DIMASAK TADI TELAH DITUNJUK KEPADA PESURUHJAYA DAERAH MANJUNG DAN MEREKA TELAH DIBERI GULA DAN TEH. KEMUDIAN AIR YANG TELAH SIAP ITU HARUSLAH MEREKA MINUM SENDIRI........PAHIT......MAKLUMLAH BUDAK-BUDAK YANG BUAT.....




SEDANG MENYIAPKAN BUKU LOG




Khamis, 8 Julai 2010

Isnin, 5 Julai 2010

HARI TERBUKA 2010

HARI TERBUKA 2010

TARIKH : 7 JULAI 2010
HARI : RABU
MASA : 1.00-2.00 PETANG
TEMPAT : SK LEKIR

Hari Terbuka SK Lekir akan diadakan pada 7 Julai 2010 hari Rabu ini. Hari Terbuka ini adalah hari interaksi guru dengan ibu bapa murid-murid SK Lekir. Pada hari tersebut guru-guru dan ibu bapa bolehlah bersoal jawab untuk bertanya masalah anak-anak masing-masing. Oleh itu adalah dialu-alukan kepada semua para ibu bapa untuk datang pada hari tersebut untuk mendapatkan keputusan PKSR 1 anak masing-masing di samping mengetahui kekuatan dan kelemahan anak masing-masing.