Saya mendapat idea untuk membantu guru-guru dalam menyelesaikan masalah komputer mereka. Guru-guru diharap dapat meng "install" perisian Chat nie dimana anda boleh menghubungi saya melalui network.
PERAK
PEMBUDAYAAN DKICT
5A DAN 4A UPSR 2015
Selasa, 19 Januari 2010
Khamis, 14 Januari 2010
Semoga Abang Khai Dirahmati Allah
14 Januari 2010 - Arwah Abang Khai selamat dikebumikan pada tempat kelahirannya iaitu Parit,Perak. Kami warga sekolah akan sentiasa mengingati Abg Khai. Disini terdapat beberapa gamabr kenangan abg khai untuk tatapan semua.
Perginya Seorang Sahabat....
14 Januari 2010 - Hari bermula seperti biasa. Ingatan pada Abang Khai masih lagi kuat. Sepanjang malam saya mengingati beliau. 6.30pagi handfon berbunyi menandakan sms masuk. Khabar yang menyayat hati dari Bonda. Abang Khai telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Ya Allah, hampir terduduk saya membaca sms tersebut. Tiada yang dapat saya katakan untuk menggambarkan sedih dihati kerana kehilangan seorang sahabat yang sejati. Salam takziah dari saya dan isteri buat keluarga Abang Khai. Al-fatihah...
Rabu, 13 Januari 2010
Keadaan Abang Khai Tenat
13 Jan 2010 - Sekolah macam biasa. Dalam pukul 10.30 pagi, Pn Moorhani (Bonda) memberitahu saya berita yang agak mengejutkan. Bonda mendapat berita dari Kak Pah dimana keadaan Abang Khai dikhabarkan semakin tenat. Sejak dari selesai pembedahan itu, keadaan Abang Khai sememangnya tidak berapa stabil. Doktor memanggil kesemua ahli keluarganya untuk memberitahu bahawa pembedahan mengeluarkan darah dalam otak Abang Khai telah berjaya, namun tekanan darahnya yang tidak menentu telah menyebabkan keadaan dirinya semakin menurun dan ditakuti boleh mencapai tahap (0). Pihak Doktor meminta ahli keluarga Abang Khai supaya banyak-banyak berdoa dan bersedia menghadapi apa jua keadaan. Berita yang saya dengar tersebut saya kongsi bersama isteri dan kemudian kami bercadang untuk ke Hospital pada sebelah petang nanti. Hati saya gusar dan kacau sepanjang hari mengenangkan nasib seorang sahabat baru yang telah saya anggap sebagai seorang Abang. Masa dirasakan bergerak terlalu perlahan. "Abang Khai, tunggu aku datang tau," kata hati kecil saya.
- Saya pulang dari sekolah agak awal dalam pukul 3 petang kerana keinginan berjumpa Abang Khai sangat kuat. Saya mengajak isteri menemani saya ke Hospital Ipoh. Dalam perjalanan, isteri saya bercerita tentang pengalaman dia bersama seorang kawannya yang 6 bulan koma tetapi dengan izin Allah pulih selepas itu. Dia juga mencadangkan supaya apabila sampai nanti, saya perlu bercakap dengan Abang Khai walaupun dia terbaring kaku. Menurut sebuah buku yang pernah dibaca oleh isteri saya, walaupun seseorang itu berada dalam keadaan koma tetapi setiap perbualan kita dia dapat mendengarnya. Dalam fikiran macam-macam nak dicakapkan, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan. Terasa baru semalam kami berbual dan salah satu dialog yang terlalu ingin saya ucapkan kepadanya ialah, " Sabarjeeee lah En Khairul nieee". Terasa lambat perjalanan kerana saya mengharapkan agar berjumpa sahabat yang sudah 8 hari tidak berjumpa.
- Sesampai di Hospital kami terus ke wad ICU ditingkat 3. Kehadiran kami disambut oleh abang kepada Abang Khai yang bertugas di Seri Iskandar. Kami dibawa masuk ke wad ICU. Hati berdebar-debar namun senyuman tetap ada kerana hajat untuk bertemu sudah kesampaian. Namun setibanya saya dikatil, apa yang saya nampak terlalu menghancurkan jiwa. Abang Khai yang terbujur kaku diatas katil itu bukanlah Abang Khai yang biasa saya kenali. Muka dan tangannya bengkak. Terlalu banyak tiub yang disambungkan ke monitor-monitor yang mengawasi perkembangan Abang Khai. Tiub 'life support' telah disambungkan dilehernya. Kesan jahitan pembedahan dikepalanya jelas kelihatan. Menurut Kak Pah, tempurung kepala bahagian depan telah dikeluarkan sementara bagi mengawal pembengkakkan. Kak Pah yang begitu tabah dimata saya turut menyatakan bahawa otak sebelah kanan Abang Khai telah berhenti berfungsi (mati) atau 'brain dead'. Doktor meramalkan harapan Abang Khai untuk selamat dan pulih amatlah tipis. "Ya Allah, kenapa Kau berikan ujian seberat ini kepada sahabatku". Itu sahaja yang mampu saya suarakan dalam hati. Isteri menggesa saya supaya duduk disisi Abang Khai dan bercakap dengannya. Namun lidah terlalu kelu untuk bersuara kerana hati saya terlalu sedih melihat penderitaan Abang Khai. Saya hanya mampu mendengar isteri bertanya pelbagai soalan kepada Kak Pah. Saya sentuh tangan Abang Khai yang bengkak, terasa sejuk. Hati saya terlalu takut sebenarnya memikirkan kesudahan keadaan Abang Khai. Takut kehilangan seorang sahabat dan seorang abang.
-Sepanjang perjalan pulang saya tetap teringatkan keadaan Abang Khai tadi. Bagaimana nasib keluarganya? Dapatkah Abang Khai diselamatkan? Terlintas dalam fikiran bagaimana jika saya yang terlantar dihospital sedemikian. Adakah saya telah menyediakan persiapan yang mencukupi untuk isteri dan keluarga?
-Sepanjang perjalan pulang saya tetap teringatkan keadaan Abang Khai tadi. Bagaimana nasib keluarganya? Dapatkah Abang Khai diselamatkan? Terlintas dalam fikiran bagaimana jika saya yang terlantar dihospital sedemikian. Adakah saya telah menyediakan persiapan yang mencukupi untuk isteri dan keluarga?
Rabu, 6 Januari 2010
Penyelesaian Masalah Wireless Bahagian 2
Pagi ini saya berjaya menyiapkan kerja mengubah kedudukan Wireless Router ke tempat yang lebih terbuka. Sebelum ini, Wireless Router berada di dalam bilik server dan tiap hari ada sahaja guru - guru yang mengalami masalah menggunakan Wifi kerana kekurangan signal ke tempat mereka. Dari itu, saya mengambil langkah untuk cuba menukarkan lokasi Router ke tempat yang lebih terbuka. Jika berlaku sebarang keraguan dalam ICT boleh la berhubungi saya atau datang ke bilik saya di bilik Server.
Bersabarlah Abang Khai
6 Jan 2010 - Pagi lagi saya mendapat berita yang agak mengejutkan. Seorang yang sangat tekun dan teliti dalam kerjanya telah dimasukan ke Wad Kecemasa. Beliau adalah En. Khairulrazzi atau Abang Khai. Walaupun saya baru bekerja di sekolah ini, tapi macam sudah lama mengenali beliau. Cerita bab kerja, Dia memang cekap. Tanya apa sahaja tentang kerjanya mesti cepat dia jawab. Seorang yang periang dan boleh bertolak ansur. Walaupun sebelum ini dia ada mengalami masalah kesihatan akibat dari penyakit gaut tetapi kerja - kerja semuanya lancar. Pagi tadi saya bersama En Nasir (PAP) pergi ke Hospital Seri Manjung dan apabila sampai, saya lihat Ibu, Abang dan Isteri Abang Khai berada diluar bilik kecemasan. Kami mempekenalkan diri, sambil itu En Nasir bertanyakan kepada Abangnya apa yang dah berlaku, saya lihat kesedihan di wajah isteri Abang Khai atau dikenali sebagai Kak Pah. Muka kerisauannya dapat dilihat apabila memikirkan suaminya berada dalam keadaan kritikal. Ibu beliau tidak sabar menanti keputusaan diagnosis dari Doktor tentang masalah penyakit anaknya. Kami berada disitu dalam 30 minit dan pulang ke sekolah. Sampai di sekolah, Kami dihujani dengan soalan dari cikgu - cikgu serta staff yang lain mengenai dengan keadaan Abang Khai. Pihak KGKT membuat satu kutipan Derma Kilat untuk beliau. En Nasir dan Kak Zuraidah (PTR) juga membantu dari segi menguruskan Surat Jaminan (guaranty letter) untuk diberikan kepada Hospital. Khabar terbaru, Abang Khai telah dibawa ke Hospital Ipoh untuk menjalankan pebedahan segera dimana terdapat Darah Beku dalam kepala beliau. Semoga Allah memudahkan dan mempercepatakan Abang Khai sembuh dari penyakitnya. Kami warga sekolah akan merindui Abang Khai.........
Selasa, 5 Januari 2010
Penyelesaian Masalah Wireless
Disebabkan beberapa orang guru mengalami masalah mendapatkan signal wifi, Saya sebagai Juruteknik Komputer telah pun mengalihkan Wireless Router ke tempat yang lebih terbuka supaya masalah penyampaian signal dapat diselesaikan. Saya juga akan melakukan kerja-kerja pemasangan kabel rangkaian kepada Wireless Router kerana ditempatkan agak jauh dari Bilik Server. Berkemungkinan cikgu tidak dapat menggunakan internet seketika waktu tetapi saya akan mengalihkan Router secepat yang mungkin Cikgu-cikgu jika ada masalah boleh menghubungi saya di talian 012-5497643 @ yahoo messengger saya : sholihin_evo09@yahoo.com. Bantuan teknikal untuk anda sedia menanti. Saya berharap agar dapat menberikan perkhimatan ICT yang terbaik
Langgan:
Catatan (Atom)