Tarikh : 16 September 2009
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Lekir
Masa : 8.00 pagi
Acara :
1. Murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku, Perak Gemilang dan Lagu Sekolah.
2. Ucapan Pengerusi Majlis.
3. Ucapan Guru Besar.
4. Ucapan Penutup Bulan Kemerdekaan ke-52
5. Persembahan murid.
6. Nyanyian Lagu-lagu Patriotik.
7. Penyerahan Jalur Gemilang kepada Penyelaras Sambutan Tahun 2010.
PERAK
PEMBUDAYAAN DKICT
5A DAN 4A UPSR 2015
Rabu, 16 September 2009
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
Selepas UPSR, murid Tahun 6 Cerdas dan 6 Pintar telah mengikuti Tadarus Al-Quran yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.
Selasa, 8 September 2009
UPSR DATANG LAGI...
Hari ini 8 September 2009, murid-murid Tahun 6 akan menghadapi UPSR selama 3 hari sehingga 10 September 2009. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan anak didik kita. Mereka telah berusaha dan berjuang selama ini dengan bersungguh-sungguh dengan bimbingan guru-guru yang berkaliber tanpa mengira penat lelah dan jemu....Ayuh murid ku tunjukkanlah hasil setelah kamu berusaha selama ini dan balaslah jasa ibu bapa, keluarga serta guru-guru yang sentiasa mendoakan kejayaanmu...
Isnin, 7 September 2009
PERISTIWA NUZUL AL-QURAN
Hari ini 17 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)
Sumber:JAKIM

Ahad, 6 September 2009
Sabtu, 5 September 2009
LAFAZ NIAT PUASA
Alhamdulillah di atas rahmatNya yang mengizinkan kita bertemu semula dengan Musim Rahmat, Musim Keampunan, Musim Keinsafan yakni Ramadhan Al Mubarak. Sekalung Al Fatihah buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menempuh kemuliaan Ramadhan bersama kita pada tahun ini. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan kita bersama:
****************************
****************************
Lafaz Niat Berbuka Puasa
" Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih "
***************************
Lafaz Niat Puasa Harian
" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "
****************************
****************************
Lafaz Niat Puasa Sebulan
" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "
TAZKIRAH RAMADAN
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT
Pada 3 September 200 9 telah diadakan satu majlis berbuka puasa bersama guru-guru SK Lekir dan keluarga, murid Tahun 6 bersama ibu bapa dan AJK PIBG SK Lekir. Bukan itu sahaja, turut diadakan juga solat Hajat untuk murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 8 Sept ini hingga 10 Sept ini. Doa dan harapan seluruh warga SKL dan ibu bapa mengiringi semua muri d Tahun 6 agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Semoga berjaya....... dan berjuang tanpa jemu.....
Langgan:
Catatan (Atom)